Jumaat, 31 Oktober 2008

Seramai 83 Orang Jurubahasa Isyarat Akan Dilantik

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan melantik 83 tenaga mahir sebagai jurubahasa isyarat untuk Orang Kurang Upaya (OKU) bagi meningkatkan kemahiran OKU dalam berkomunikasi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T. Murugiah berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan diberi tanggungjawab untuk melantik mereka yang berkelayakan sebagai tenaga pengajar bahasa isyarat.

"Saya lihat golongan OKU dari segi kelancaran bahasa dan idea amat mengagumkan dan mereka patut diberi peluang oleh masyarakat di luar sana supaya mereka tidak ketinggalan," katanya kepada pemberita selepas melawat Bangunan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) di sini, Rabu.

Kerajaan, katanya, akan terus mengekalkan kuota satu peratus atau kira-kira 10,000 kekosongan di jabatan-jabatan kerajaan untuk diisi golongan OKU.

"Kita akan beri keutamaan kepada mereka kerana mereka jarang diberikan peluang dan kita akan berikan jawatan yang sesuai dengan kemahiran dan kelayakan mereka," katanya.

Sementara itu, Bajet 2009 yang akan dibentangkan Jumaat ini turut mendapat perhatian MAB yang mahukan peruntukan untuk mereka dipertingkatkan.

Presiden MAB Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh berharap Bajet 2009 memperuntukan lebih kemudahan dan kebajikan kepada golongan cacat penglihatan termasuk memberi peluang kepada golongan itu mendapatkan diploma dalam bidang yang mereka ceburi.

"Saya harap di dalam bajet yang akan dibentangkan Jumaat ini permohonan ini akan dilaksanakan kerana ketika ini orang-orang cacat penglihatan cuma dapat kemahiran pada peringkat sijil," katanya.

MAB juga berharap kelayakan kemudahan elaun untuk pekerja cacat penglihatan dinaikkan kepada mereka yang bergaji RM1,500.

"Pada masa ini, hanya mereka yang bergaji RM1,200 ke bawah diberi elaun RM300, kita harap kelayakan gaji ini dinaikkan kepada mereka yang berpendapatan RM1,500 sebulan," katanya.

Sumber: BERNAMA

*** CORETAN PENULIS HARAPAN WARGA PEKAK MALAYSIA ***

Rakyat Pekak Malaysia ingin tahu siapa 83 orang Jurubahasa Isyarat yang akan dilantik oleh Kerajaan? Latihan Mereka diawasi oleh Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia, bukan?

Rakyat Pekak Malaysia ingin tahu siapa Panel Pernilaian Jurubahasa Isyarat Malaysia? Siapa Pengerusi Panel Pernilaian JBI yang menurunkan tandatangannya ke atas Diploma JBI?

Rakyat Pekak Malaysia ingin tahu Mengapa Pengarah Pusat Latihan MySL meletak jawatan? Gosip:- Beliau tidak puas hati dengan Pegawai MFD?

Atlit OKU wajar diberi anugerah

SEORANG Ahli Parlimen mencadangkan kerajaan memberi anugerah dan pengiktirafan sewajarnya kepada atlit orang kurang upaya (OKU) yang berjaya mengharumkan nama negara dalam bidang sukan seperti pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Datuk Dr Tiki Lafe (BN-Mas Gading) berkata, pengiktirafan termasuk bantuan kepada atlit OKU yang berjaya wajar diberikan kerana kesungguhan meraih kejayaan dalam acara disertai termasuk dalam sukan paralimpik.

"Kita mempunyai ramai atlit OKU yang berjaya tetapi apabila sebaik pulang, mereka sedih kerana terpaksa bergantung kepada ahli keluarga untuk menyara hidup mereka," katanya.

"Samalah seperti ahli sukan yang lain seperti Datuk Lee Chong Wei, saya ingin lihat supaya kita turut memberi galakan dan dorongan supaya atlit OKU turut diiktiraf sumbangan mereka," katanya.

Sebagai reaksi cadangan itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon, berkata ia akan dipanjangkan ke Kabinet.

Katanya, melalui Akta OKU 2008 yang dikuatkuasakan 7 Julai lalu, Majlis Kebangsaan OKU yang dipengerusikan menteri dan dianggotai 20 orang termasuk 10 wakil badan bukan kerajaan (NGO) OKU dan Jabatan Pembangunan OKU akan diwujudkan tidak lama lagi.

"Penubuhan Majlis Kebangsaan OKU kini di peringkat perbincangan Kementerian Kewangan," katanya.

Dr Mohd Hayati Othman (Pas-Pendang) mencadangkan syarikat konsesi lebuhraya membuka peluang pekerjaan kepada lebih 32,000 OKU cacat pendengaran bekerja sebagai pemberi tiket.

"Hari-hari kita melalui Lebuh raya Utara Selatan (Plus) dan kita dapati pemberi tiket Plus kebiasaannya adalah yang cantik dan cukup sifat. Adakah kementerian berhasrat memaksa Plus atau syarikat lain menggunakan 32,000 OKU yang cacat pendengaran bekerja di situ dan berilah apa jua insentif kepada syarikat berkenaan," katanya.

Noriah berkata, kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk memaksa syarikat konsesi lebuh raya tetapi cadangan itu akan dipanjangkan pada pihak berkenaan. Kerajaan memberikan insentif seperti potongan cukai berganda Lembaga Hasil Dalam Negeri kepada syarikat yang mengambil pekerja OKU.

Katanya, sebanyak 7,180 daripada 10,094 OKU yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja berjaya ditempatkan di sektor swasta termasuk Plus.

Terdahulu, Noriah berkata, sehingga Jun lalu, seramai 233,939 OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumber: Berita Harian 31 Oktober 2008

Selasa, 21 Oktober 2008

Kementerian Kewangan Malaysia meluluskan pemberian modal dan mengurus kepada MFD


Permohonan Untuk Kelulusan Kod Hasil Dan Perbelanjaan Baru


Senarai Kod Hasil dan Perbelanjaan Baru ( September 2008 )

Senarai Penjenisan Kod Perbelanjaan adalah seperti berikut:

42000 PEMBERIAN DALAM NEGERI

Tujuan - merekodkan pemberian, caruman dan subsidi yang dibayar kepada Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Sekolah-sekolah, Pusat Pengajian Tinggi, Perusahaan, Badan Berkanun dan Persatuan Kebangsaan Yang Tidak Bermotif Keuntungan.

Termasuk:
42700 Pemberian Kepada Persatuan Kebangsaan Yang Tidak Bermotif Keuntungan


Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Rabu, 15 Oktober 2008

Majlis Cabutan Undi Deaflympics Games Taipei 2009

10 Oktober 2008, Taipei: Jawatankuasa Sukan Pekak Antarabangsa (ICSD) menyelia pertandingan Deaflympics Games yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Pekak Chinese Taipei (CTDSA) dengan kerjasama Kerajaan Chinese Taipei pada 5 hingga 15 September 2009. ICSD telah mengiktirafi Venua Pertandingan Taipei sebagai Venua Deaflympics Rasmi dan juga mengadakan Majlis Cabutan Undi Deaflympics Games (Basketball, Football, Handball, Volleyball and Water Polo).

Pertandingan Bolasepak Lelaki:

Penulis difahamkan bahawa Konfederasi Sukan Pekak Asia Pasifik (APDSC) akan mengambil tindakan terhadap Kazakhstan kerana Kazakhstan didapati bersalah menurunkan 2 pemain import dari Uzbekistan dalam semua perlawanan Pertandingan Kelayakan Bolasepak Deaflympic Zon Asia Pasifik di Bangkok pada bulan Jun lalu setelah Presiden Persekutuan Sukan Pekak Uzbekistan membuat aduan rasmi dengan Ahli Lembaga Eksekutif APDSC semasa mereka berjumpa di tempat Pertandingan Ujian Pra-Deaflympics Games Taipei Sept lalu.

Sumber: Laman Web Sukan Deaflimpik Taipei 2009

Selasa, 14 Oktober 2008

KDA menerima Cek RM 87k daripada KL Rat Race 2008

Yayasan Bursa Malaysia telah mengadakan Program Kuala Lumpur Rat Race 2008 untuk menyumbangkan RM 1.75 juta kepada 20 buah Badan Kebajikan sepertimana berikut di bawah:-
  • Protect & Save The Children Association of Selangor and Kuala Lumpur
  • Persatuan Orang Pekak Kedah Darul Aman
  • Persatuan Ibu Tunggal Belaian Kasih Kuala Lumpur
  • Pertubuhan Kebajikan Agathians, Malaysia
  • Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Warga Miskin, Kg Tengah
  • Persatuan Ibu Tunggal Mas Merah Wilayah Persekutuan/Selangor
  • Persatuan Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal Johor Bahru
  • Asrama Anak Yatim/Miskin Budi Mulia Nurul Huda
  • Cancer Research Initiatives Foundation (CARIF)
  • Humana Child Aid Society Sabah / Borneo Child Aid Society
  • National Stroke Association of Malaysia (NASAM)
  • United Voice (Self-Advocacy Society of Persons with Learning Disabilities Selangor & Kuala Lumpur)
  • Selangor and Federal Territory Association for Retarded Children
  • Pertubuhan Medifund Kuala Lumpur
  • Persatuan Kebajikan Kasih
  • Malaysian Mental Health Association
  • Sinui Pai Nanek Sengik (SPNS) / New Life, One Heart
  • Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Yatim Rumah Wawasan
  • Persatuan Membantu Pesakit Kusta Negeri Kelantan
  • Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Madrasah Ummu Sopiah
Sumber:- Laman Web Yayasan Bursa Malaysia - Kuala Lumpur Rat Race 2008

Catatan: Penulis merakamkan penghargaan tinggi kepada Yayasan Bursa Malaysia untuk membantu menjayakan matlamat Harapan Warga KLSD, PDA & KDA. Ini pengetahuan penulis sahaja. Maaf penulis tidak tahu mana-mana NGO Pekak pernah mendapat sumbangan Yayasan Bursa Malaysia.

Isnin, 13 Oktober 2008

Al Fatihah untuk Allahyarham Bapa SKOP


Kini telah genap 2 tahun Allahyarham KSM* Syed Osman Syed Hussain (1960~2006) menghembuskan nafasnya terakhir. Syed Osman telah meninggal dunia pada 28 Oktober 2006 di Kg Kroh Hulu, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah menyumbangkan komitmen tinggi di NGO-NGO Pekak iaitu Kelab Pekak YMCA Kuala Lumpur, Persatuan Orang Cacat Pendengaran Wilayah Persekutuan dan Selangor (SHIMA), Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD), Persatuan Orang Pekak Kedah Darul Aman (KDA), Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MDSA), Persekutuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSFD) dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

Allahyarham Pengerusi Kelab Pekak YMCA Kuala Lumpur buat pertama kali mencetuskan idea kewujudan Kejohanan Sukan Antara Kelab-Kelab Pekak (sekarang SKOP) dipersetujui oleh tiga pemimpin Kelab Pekak pada masa itu iaitu Razman Tan bin Abdullah Pengerusi Kelab Pekak YMCA Pulau Pinang, Lim Heng Tuck AJK Persatuan Bagi Orang Cacat Pendengaran Kedah (now KDA) dan Quay Chew Hun Pengerusi Kelab Pekak Kelang (sekarang POCPS) dalam parti keraian sempena sambutan hari jadi Lim Heng Tuck ke-21 di Alor Setar,Kedah pada 17 Februari 1985 dengan disaksikan oleh Wan Mohd Ali bin Wan Abu Bakar, Tan Kim Huat, Murshid bin Alaidin dan Wong Ah Min.

Allahyarham buat pertama kali mencatat Sejarah Pentadbir Sukan Pekak Malaysia sebagai
a) Bapa Sukan Orang Pekak Malaysia 1985
b) Ketua Kontinjen Kuala Lumpur ke SKOP:- Juara Keseluruhan SKOP 1985, 1987, 1991, 1992 & 2006
c) Pengurus Bolasepak Pekak Kuala Lumpur:- Johan Piala Tan Yap 1985 & Pingat Emas SKOP 1985
d) Pengurus Bolasepak Pekak Malaysia 1990:- Malaysia 2 Singapura 2
e) Presiden Protem Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia 1993 ~ 1995
f) Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Deaflympics Sofia 1993:- 2 Pingat PERAK Acara Badminton
g) Pengurus Badminton Pekak Malaysia ke Sukan Deaflympics Rome 2001:- 3 Pingat PERAK
h) Pegawai Tugas-Tugas Khas MSFD 1998 ~ 2000
i) Pegawai Pembangunan Sukan MSFD 2001 ~ 2002
j) Penasihat Kelab Sukan SHIMA KL (now KLSD) 1993

Hanya Al-Fatihah yang mampu Rakyat Pekak sedekahkan buat nama besar yang menjadi lagenda SKOP.

Nota: KSM* - Pingat Kebesaran bagi Warga Pekak Berjuang Mempertahankan Hak Orang Pekak dipanggil KSM yg buat pertama kali diilhamkan oleh Bapa MFD dengan disaksikan oleh Pembangkang MFD dan Penulis Blog ini.

Ahad, 12 Oktober 2008