Rabu, 17 Disember 2008

Penilaian Personaliti Ahli Majlis MFD

Sesiapa yang menerima markah 20% ke bawah WAJIB mengambil kursus pentadbiran NGO OKU anjuran Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia dan Insitut Sosial Malaysia.

9 orang Ahli Majlis MFD adalah Pembuat Dasar Kebajikan dan Pembangunan Warga Pekak Malaysia sebanyak 31,715 orang Pekak.

Jika gagal membawa kemajuan, Rakyat Pekak Malaysia ingin hadiahkan beg kosong kepada siapa bakal berundur atau letak jawatan. Bagi Perosak Harapan Rakyat Pekak Malaysia, Jangan makan FREE TRAVEL lagi...

Mari berani berdebat dengan penulis jika anda bersikap terbuka NAFIkan fakta sebenar.

9 orang Ahli Majlis MFD gagal membawa kemajuan kepada 31,715 orang Rakyat Pekak Malaysia

Latarbelakang Pendidikan:- 9 orang Ahli Majlis MFD

Md Sazali - Tamat MCE (kini SPM)

Razani - Tamat SRP (kini PMR); tidak layak mentadbir MFD

Sariah - Tamat SPM

Aqlam - Graduan Universiti Gallaudet

Hassan - Tamat SRP (kini PMR); tidak layak mentadbir MFD

Ting TC - Tamat PMR ; tidak layak mentadbir MFD

Chung KC - Tamat HSC (kini STPM)

Md Yazid - Tamat SPM

Md Azhar - Tamat SRP (kini PMR); tidak layak mentadbir MFD

Oleh ini MFD enggan maklumkan latarbelakang pendidikan Ahli Majlis MFD dalam Laman Web MFD kepada Rakyat Pekak Malaysia mempunyai hak pengetahuan.

Mengapa MFD sembunyikannya? Jangan bodohkan Rakyat Pekak Malaysia lagi.

Ahli-Ahli Majlis MFD mesti menerima Cabaran terBERAT iaitu layak mendapat bisasiwa MFD dan melanjutkan pendidikan tinggi.

Sesiapa mesti meletak jawatan Ahli Majlis MFD jika enggan melanjutkan pendidikan tinggi.

MFD mesti mencontohi kejayaan Persatuan Orang Pekak USA - latarbelakang Ahli Majlis NAD



Mari berdebat dengan penulis sekiranya kolumn ini dipertikai.

MFD mesti mencontohi kejayaan MAB


Laman Web MAB: www.mab.org.my dan MFD: www.mfd.org.my

Selasa, 16 Disember 2008

Sistem Organisasi MFD mesti bergerak secara adil

KELEMAHAN SISTEM ORGANISASI MFD
  • Presiden MFD bergaji seumur hidup
  • Ahli-Ahli Majlis MFD makan kopi percuma
  • Jurubahasa Isyarat ‘dijel’
  • Pentadbiran MFD ‘lembap’
  • Perpecahan Kelab-Kelab Pekak Peringkat Akar Umbi
  • Tiada Unit Sosio-Ekonomi Rakyat Pekak Malaysia
  • Tiada Pelan BluePrint Taraf Masyarakat Pekak Malaysia 2020
  • Projek Pusat Latihan MySL hampir jadi Gajah Putih
  • MFD ‘rampas’ nasi periuk MSFD

PENAMBAHBAIKAN SISTEM ORGANISASI MFD
  • Presiden MFD memenuhi kriteria kelayakan calon Graduan Ijazah Universiti
  • Ahli-Ahli Majlis MFD setaraf dengan Ahli-Ahli Majlis MAB
  • Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia bergerak bebas tanpa MFD
  • Pentadbiran MFD beroperasi neutral dan bersikap Adil
  • M3PN menyatupadukan Kelab-Kelab Pekak Peringkat Akar Umbi
  • Penubuhan Perbadanan Pembangunan Pekak Malaysia (Malaysia Deaf Development Corporation) didaftar di SSM
  • Kewujudan Lembaga Pengarah MDDC mengawal perniagaan-perniagaan MFD menambahkan Tabung Kebajikan Rakyat Pekak Malaysia
  • Persatuan Gabungan Usahawan Pekak Malaysia bergerak bebas
  • Persatuan Pengajar dan Penilai Bahasa Isyarat Malaysia diketuai oleh penuntut PhD
  • Perjanjian Kerjasama Antara MFD dan MSFD
Mari berani berdebat dengan penulis sekiranya kolumn penulis dipertikai.

M3PN lebih wibawa dari MFD

9 buah Persatuan/Kelab Cacat Pendengaran Kebangsaan menganggotai Mesyuarat Ketua-Ketua Persatuan/Kelab Cacat Pendengaran Kebangsaan (sekarang Mesyuarat Presiden-Presiden Persatuan Pekak Negeri) Yang Kali Pertama di Kuala Lumpur pada tahun 1990.
  • Kelab Pekak YMCA Pulau Pinang (PGYDC)
  • Kelab Pekak YMCA Kuala Lumpur (KLYDC)
  • Persatuan Bagi Orang Cacat Pendengaran Kedah (KAHI)
  • Persatuan Orang Cacat Pendengaran Selangor dan WP (SHIMA)
  • Kelab Pekak Kota Bahru (KPKB)
  • Kelab Pekak Kelang (KPKg)
  • Kelab Pekak Kuantan (KPKn)
  • Kelab Pekak Melaka (KPM)
  • Persatuan Orang Pekak Johor (SDJO)
Kelab Pekak Ipoh (KPI) menanggotai Mesyuarat M3PN diadakan di Alor Setar pada tahun 1992

Persatuan Bagi Orang Pekak Sabah (SSD) menganggotai Mesyuarat M3PN ke-tiga diadakan di Johor Bahru pada tahun 1994

Persatuan Kebajikan Orang Pekak Terengganu (PKPT) menganggotai Mesyuarat M3PN ke-empat diadakan di Pulau Pinang pada tahun 1996

Persatuan Kebajikan Orang Cacat Pendengaran Terengganu (PKOCPT) menganggotai Mesyuarat M3PN ke-lima diadakan di Melaka pada tahun 2007

Fakta Sejarah MFD ditubuhkan pada 8 Disember 1997 didapati TIDAK BETUL dalam laman web MFD kerana tarikh tersebut merupakan tarikh pendaftaran MFD hanya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

Fakta Sejarah M3PN diadakan pada 23 Mac 1990 diperakui CONFIRM kerana M3PN berjuang memelihara kepentingan hak-hak Warga Pekak Malaysia dalam semua bidang termasuk Sukan sehingga M3PN ke-4 bersetuju suara sebulat menghasilkan penubuhan Persatuan Orang Pekak Malaysia (sekarang MFD) pada tahun 1996.

Rasional Penubuhan M3PN 1990-1996 telah meluluskan 7 resolusi utama iaitu
1) Malaysia melalui SHIMA memohon menjadi Ahli WFD pada tahun 1994
2) Tuanrumah Kejohanan Sukan Pekak Asia Pasifik ke-5 Kuala Lumpur 1996
3) Tuanrumah Mesyuarat Lembaga WFD Pulau Langkawi 1996
4) Tuanrumah Mesyuarat Perwakilan WFD Asia Pasifik ke-8 Pulau Langkawi 1996
5) Tuanrumah Persidangan WFD Asia Pasifik ke-4 PWTC Kuala Lumpur 1996
6) Penubuhan Persatuan Orang Pekak Malaysia (sekarang MFD)
7) Projek Bahasa Isyarat Malaysia

Penulis pernah menghadiri Mesyuarat M3PN di Alor Setar, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Tahniah kepada Lim Heng Tuck Presiden KDA berkomited menghadiri semua Mesyuarat M3PN 1990-2007 sebagai tanda Lim Heng Tuck really mengambil berat tentang kepentingan Hak-Hak Rakyat Pekak Malaysia.

Mari berani berdebat dengan penulis jika Fakta Sejarah M3PN dipertikaikan.