Jumaat, 31 Oktober 2008

Atlit OKU wajar diberi anugerah

SEORANG Ahli Parlimen mencadangkan kerajaan memberi anugerah dan pengiktirafan sewajarnya kepada atlit orang kurang upaya (OKU) yang berjaya mengharumkan nama negara dalam bidang sukan seperti pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Datuk Dr Tiki Lafe (BN-Mas Gading) berkata, pengiktirafan termasuk bantuan kepada atlit OKU yang berjaya wajar diberikan kerana kesungguhan meraih kejayaan dalam acara disertai termasuk dalam sukan paralimpik.

"Kita mempunyai ramai atlit OKU yang berjaya tetapi apabila sebaik pulang, mereka sedih kerana terpaksa bergantung kepada ahli keluarga untuk menyara hidup mereka," katanya.

"Samalah seperti ahli sukan yang lain seperti Datuk Lee Chong Wei, saya ingin lihat supaya kita turut memberi galakan dan dorongan supaya atlit OKU turut diiktiraf sumbangan mereka," katanya.

Sebagai reaksi cadangan itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon, berkata ia akan dipanjangkan ke Kabinet.

Katanya, melalui Akta OKU 2008 yang dikuatkuasakan 7 Julai lalu, Majlis Kebangsaan OKU yang dipengerusikan menteri dan dianggotai 20 orang termasuk 10 wakil badan bukan kerajaan (NGO) OKU dan Jabatan Pembangunan OKU akan diwujudkan tidak lama lagi.

"Penubuhan Majlis Kebangsaan OKU kini di peringkat perbincangan Kementerian Kewangan," katanya.

Dr Mohd Hayati Othman (Pas-Pendang) mencadangkan syarikat konsesi lebuhraya membuka peluang pekerjaan kepada lebih 32,000 OKU cacat pendengaran bekerja sebagai pemberi tiket.

"Hari-hari kita melalui Lebuh raya Utara Selatan (Plus) dan kita dapati pemberi tiket Plus kebiasaannya adalah yang cantik dan cukup sifat. Adakah kementerian berhasrat memaksa Plus atau syarikat lain menggunakan 32,000 OKU yang cacat pendengaran bekerja di situ dan berilah apa jua insentif kepada syarikat berkenaan," katanya.

Noriah berkata, kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk memaksa syarikat konsesi lebuh raya tetapi cadangan itu akan dipanjangkan pada pihak berkenaan. Kerajaan memberikan insentif seperti potongan cukai berganda Lembaga Hasil Dalam Negeri kepada syarikat yang mengambil pekerja OKU.

Katanya, sebanyak 7,180 daripada 10,094 OKU yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja berjaya ditempatkan di sektor swasta termasuk Plus.

Terdahulu, Noriah berkata, sehingga Jun lalu, seramai 233,939 OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumber: Berita Harian 31 Oktober 2008

Selasa, 21 Oktober 2008

Kementerian Kewangan Malaysia meluluskan pemberian modal dan mengurus kepada MFD


Permohonan Untuk Kelulusan Kod Hasil Dan Perbelanjaan Baru


Senarai Kod Hasil dan Perbelanjaan Baru ( September 2008 )

Senarai Penjenisan Kod Perbelanjaan adalah seperti berikut:

42000 PEMBERIAN DALAM NEGERI

Tujuan - merekodkan pemberian, caruman dan subsidi yang dibayar kepada Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Sekolah-sekolah, Pusat Pengajian Tinggi, Perusahaan, Badan Berkanun dan Persatuan Kebangsaan Yang Tidak Bermotif Keuntungan.

Termasuk:
42700 Pemberian Kepada Persatuan Kebangsaan Yang Tidak Bermotif Keuntungan


Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Rabu, 15 Oktober 2008

Majlis Cabutan Undi Deaflympics Games Taipei 2009

10 Oktober 2008, Taipei: Jawatankuasa Sukan Pekak Antarabangsa (ICSD) menyelia pertandingan Deaflympics Games yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Pekak Chinese Taipei (CTDSA) dengan kerjasama Kerajaan Chinese Taipei pada 5 hingga 15 September 2009. ICSD telah mengiktirafi Venua Pertandingan Taipei sebagai Venua Deaflympics Rasmi dan juga mengadakan Majlis Cabutan Undi Deaflympics Games (Basketball, Football, Handball, Volleyball and Water Polo).

Pertandingan Bolasepak Lelaki:

Penulis difahamkan bahawa Konfederasi Sukan Pekak Asia Pasifik (APDSC) akan mengambil tindakan terhadap Kazakhstan kerana Kazakhstan didapati bersalah menurunkan 2 pemain import dari Uzbekistan dalam semua perlawanan Pertandingan Kelayakan Bolasepak Deaflympic Zon Asia Pasifik di Bangkok pada bulan Jun lalu setelah Presiden Persekutuan Sukan Pekak Uzbekistan membuat aduan rasmi dengan Ahli Lembaga Eksekutif APDSC semasa mereka berjumpa di tempat Pertandingan Ujian Pra-Deaflympics Games Taipei Sept lalu.

Sumber: Laman Web Sukan Deaflimpik Taipei 2009