Isnin, 4 Mei 2009

KDA vs MFD

PERTUKARAN LOGO PERSATUAN ORANG PEKAK KEDAH ATAS PERMINTAAN PERSEKUTUAN ORANG PEKAK MALAYSIA

Assalamalaikum,

Saya Hidzral bin Husin dan merupakan Setiausaha Persatuan Orang Pekak Kedah Darul Aman. Saya ingin tahu.. Adakah Persekutuan Orang Pekak Malaysia punya kuasa untuk mengarahkan Persatuan Orang Pekak Negeri termasuk Persatuan Orang Pekak Kedah Darul Aman? Persekutuan Orang Pekak Malaysia tidak mewujudkan kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan Orang Pekak Malaysia untuk boleh mengarahkan Persatuan Orang Pekak Negeri lain untuk menukarkan logo. Apabila Persatuan Orang Pekak Kedah menerima surat daripada Persekutuan Orang Pekak Malaysia, kita telah membaca surat tersebut dan ada syarat ialah minta tukar logo yang berbentuk logo Persekutuan Orang Pekak Malaysia. Mesyuarat Agung Persatuan Orang Pekak Kedah telah menyuarakan untuk menolak permintaan Persekutuan Orang Pekak Malaysia untuk tukar logo. Undang ROS ialah Hak ahli-ahli mengundi untuk setuju atau menolak. Persatuan Orang Pekak Kedah Darul Aman tidak meniatkan benci atau tak nak bergabung dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia. Oleh itu kerana Logo Persatuan Orang Pekak Kedah yang ada lambang rakyat kedah.. Padi dan berwarna hijau dan kuning di logo kita.

Persatuan kita telah membuat surat rasmi kepada Persekutuan Orang Pekak Malaysia. Pada 15.2.2009 Persekutuan Orang Pekak Malaysia mengadakan mesyuarat di Kelantan. Keputusan Persekutuan Orang Pekak Malaysia ialah menolak surat persatuan kita. Saya sebagai Setiausaha persatuan kita betul kecewa kerana logo tersebut.

Kerjasama tuan dengan persatuan orang pekak kedah untuk menyelesaikan masalah logo..

Terima kasih.

Tarikh : 01/03/2009 17:33:03 | Sumber: Laman Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Laporan Kawan Penulis - MFD Negeri Pahang

1) PUSKOM


Semalam aku dan isteri pergi ke Temerloh untuk majlis perasmian Pusat Komunikasi Orang Pekak atau ringkasnya PUSKOM negeri Pahang. Majlis ni ringkas jer. Dirasmikan oleh Ahli Parlimen Temerloh, Dato' Saifudin Abdullah tapi malangnya beliau tak dapat hadir, maka wakil beliau telah merasmikan pusat tu.
Penubuhan pusat ni bagi aku amat baik untuk orang pekak khususnya di negeri Pahang ni. Teringat masa aku mula-mula sampai KL dulu. Persatuan kat sana iaitu KLSD buat majlis perasmian pusat IT mereka. Bezanya nama lain jer.
Kat majlis ni dapatlah aku berjumpa kawan-kawan pekak lama time aku kerja kat KL dan bekas pelajar tuisyen aku kat pusat pengembangan bahasa EMKAY sebelum aku jadi guru. Ada juga bekas pelajar SKPK Kuantan masa aku buat R.O.S dan praktikal kat SKPK Kuantan. Banyaklah cerita yang kami bualkan.
Cuma yang tak berapa best ialah aturcara majlis ni berserabut. Nasib baik bukan Dato' yang datang. Aku rasa kepimpinan orang pekak Pahang kena perbaiki kekurangan ini. Sikap dan perlakuan bila berbicara dengan orang normal perlu diubah. Itu pandangan aku lah...tak tau macam mana pandangan orang lain.

Angkat martabat OKU - Firdaus

Beliau hanya seorang insan yang bergelar orang kurang upaya (OKU) cacat pendengaran. Namun jauh di lubuk hatinya tersemat hasrat menggunung untuk membela dan mengangkat martabat golongan yang senasib dengannya supaya tidak terus terpinggir.

Impian murni itulah yang dipendam Mohd Firdaus Mohd Resid, 25, anak kelahiran Kampung Kuala Ramu, Maran, Pahang ini yang bahkan mahu meletakkan OKU pada satu masa diiktiraf setanding dengan orang normal seperti di negara-negara maju.

Bagi membuktikan betapa seriusnya cita-cita itu, Firdaus yang merupakan Presiden Persatuan Orang Pekak Pahang (PADA –- Pahang Deaf Association) dengan inisiatifnya sendiri telah mendapatkan sebuah bangunan yang disewa sebagai pusat komuniti bagi kemudahan dan aktiviti seramai 170 orang ahli PADA seluruh Pahang.

Di situ menjadi pusat ahli PADA berhimpun setiap hujung minggu. Kemudahan internet juga disediakan bagi membolehkan ahlinya berkomunikasi melalui konferen video dengan rakan-rakan dari seluruh dunia.

“Pada penilaian umum golongan OKU lazimnya dikaitkan dengan perlunya diberi bantuan atau sumbangan tanpa memikirkan bahawa entiti tersebut juga ada ketikanya mempunyai keistimewaan tersendiri”.

“Azam saya, OKU terutama ahli PADA, supaya dapat berdiri sama taraf dengan menghapuskan jurang komunikasi antara orang pekak dan orang normal supaya tidak rasa terpinggir”.

“Saya nampak objektif ini boleh dicapai melalui dua cara, iaitu dengan mempertingkatkan taraf sosial OKU dan yang kedua memasyarakatkan atau mempublisitikan bahasa isyarat,” katanya ketika ditemui di majlis penyampaian sumbangan peralatan ibadah oleh Adun Semantan Syed Hamid Syed Mohamad di pusat komuniti PADA yang terletak di jalan Bahagia,Temerloh baru-baru ini.

Firdaus berkata, mempertingkatkan taraf sosial OKU dapat dicapai melalui perhatian daripada pihak berkuasa dan masyarakat dengan membekalkan prasarana asas bagi menggerakkan pelbagai aktiviti.

“Sebagai contoh, masalah yang dihadapi PADA ialah kekurangan dana untuk menampung kos menggaji kakitangan tetap di pusat komuniti ini, Pada masa ini kami dibantu oleh tiga orang jurubahasa dari Kolej Bahasa Isyarat Malaysia yang secara sukarela dan yang sedang menjalani praktikal. Kita sangat memerlukan kakitangan sepenuh masa, apabila ketiga-tiga pelajar berkenaan menamatkan latihan praktikal, persatuan akan menghadapi masalah kakitangan. Kita juga perlukan kenderaan dan peralatan bagi mengurus pentadbiran harian persatuan,” ujarnya.

Menurut Firdaus, peralatan dan perabot pejabat dibekalkan oleh Persatuan Orang Pekak Malaysia (MFD) selain memperoleh RM3,000 setahun dan JKM Negeri Pahang.

Sementara mempublisitikan bahasa isyarat orang pekak supaya difahami masyarakat bagi peningkatan ilmu, maklumat dan komunikasi.

Firdaus memberi contoh, dalam bidang pembelajaran agama OKU pekak sukar mendapatkan tenaga pengajar kerana tidak ramai di kalangan guru agama yang berkemahiran komunikasi dalam dalam bahasa isyarat.

“Inilah yang saya katakan perlunya bahasa isyarat diperluaskan pengajarannya supaya lebih ramai anggota masyarakat faham dan boleh berkomunikasi dengan kami”.

“Begitu juga dengan penyampaian maklumat. Sekarang ini hanya satu rangkaian televisyen yang menyiarkan berita dengan menggunakan bahasa isyarat. Sedangkan di negara-negara maju seperti Eropah dan Jepun sudah lama menyediakan penterjemah dalam bahasa isyarat yang lebih jelas daripada negara ini”.

Firdaus yang bertugas sebagai Pembantu Kebajikan Masyarakat (bahagian OKU) di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Temerloh hilang deria pendengaran selepas mengalami demam panas ketika berusia sembilan tahun dan merupakan penerima Anugerah Projek Pelajar 2007 ketika menuntut di Politeknik Ungku Omar, Ipoh sempena Majlis Konvokesyen Ke-37 PUO.

Beliau hanya boleh berkomunikasi melalui bantuan bahasa isyarat oleh pembantunya.

Anak yatim yang kehilangan bapa ketika berusia 12 tahun ini adalah anak kelima daripada enam adik-beradik itu, belajar sekelas dengan pelajar normal dan menerima anugerah kecemerlangan pembentangan projek E-Halal oleh Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) untuk kerja kursus projek akhir Diploma Teknologi Maklumat (DIT) sesi Januari 2007.
Sebaik keluar sahaja daripada pusat pengajian, Firdaus terus dilantik sebagai Presiden PADA.
PADA ditubuhkan pada tahun 2005 dengan berpaksikan 9 matlamat iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan orang pekak, kedua menyatukan mereka dan berusaha mencapai kemajuan sosio ekonomi dan pembangunan diri. Ketiga memelihara hak dan kepentingan orang pekak dalam negara ini supaya setara dengan warga normal.

Keempat, memupuk dan memperkembangkan komunikasi dan pemahaman (bahasa isyarat) yang berkesan dikalangan orang pekak dan orang normal. Kelima menganjurkan aktiviti sukan dan rekreasi untuk mesyarakat orang pekak dan keenam memberi khidmat nasihat dalam soal pekerjaan kekeluargaan dan hubungan sosial di samping menjaga kebajikan mereka.

Ketujuh, mendorong dan menggalakkan integrasi orang pekak ke dalam masyarakat normal melalui usaha ke arah pemahanam diantara orang pekak dan normal. Kelapan memiliki harta benda serta menggaji kekitangan tetap bagi mengendali kerja-kerja pentadbiran harian persatuan dan kesembilan menerima sumbangan dan peruntukan serta derma sama ada dalam bentuk wang ataupun lain-lain untuk aktiviti dan kebajikan ahlinya.

Sementara itu menurut Firdaus, statistik terbaru JKM menunjukkan terdapat 132, 655 OKU yang berdaftar di seluruh negara dan daripada jumlah itu, terdapat 22,728 yang cacat pendengaran.

Thursday : 30 April 2009 | 1:35 pm | Sumber:- Laman Sidang Online PAS Pahang