Isnin, 20 Julai 2009

Malaysia XI 0 Manchester United 2

Penulis mendapat tahu - keputusan Malaysia XI vs MU melalui internet www.manutd.com sahaja. TV Astro tiada siaran langsung.

4b) 20 July 2009 Bukit Jalil Stadium
- Attendances: 30,000

United
: Foster (Kuszczak 46); Neville (O’Shea 62), Brown, J.Evans (Ferdinand 62), Fabio (Evra 58); Fletcher (Anderson 69), Carrick (Gibson 70), Giggs (Scholes 69), Tosic (Nani 62); Owen (Berbatov 62), Macheda (Rooney 67).

Goals: Macheda 11, Owen 13

Malaysian XI: Marlias; Asraruddin, Zafuan, Zamani (Muslim Ahmad, 75), Mazlizan (Thirumurugan 15; Mat Abu 78); Kunanlan (Muhymeen 58), Rahim (Gurusamy 57), Umar (Rohidan 66); Yahyah (Bakhtiar 64), Indra Putra (Shakir 72); Zaquan (Talaha 46).

Peminat MU boleh melayari laman web MU & Wikipedia MU Musim 2009-10

Ahad, 19 Julai 2009

Malaysia XI 2 Manchester United 3



Penulis sempat menonton TV Astro Siaran Langsung petang tadi..... Penulis bangga dengan persembahan negara kita tunjukkan semangat tinggi walaupun dikalahkan oleh kelab gergasi dunia.

Fakta-Fakta Menarik: Jelajah Asia - Malaysia

1) 1981
Manchester United 3
Selangor Selection 1 (K. Kanagarajah)

2a) 31 July 1995 - Shah Alam Stadium - Attendances: 51286.
Manchester United 4 (Steve Bruce 48, Nicky Butt 55, Gary Pallister 64, Lee Sharpe 76)
Selangor Selection 1

Manchester United Players:
01 Peter Schmeichel, 02 Paul Parker, 03 Denis Irwin, 04 Steve Bruce, 20 Gary Neville, 06 Gary Pallister, 22 Paul Scholes, 19 Nicky Butt, 09 Brian McClair, 16 Roy Keane, 05 Lee Sharpe, 24 David Beckham (Paul Scholes), 23 Phil Neville (Paul Parker).

2b) 2 August 1995 - Shah Alam Stadium - Attendances: 22612.
Manchester United 2 (Steve Bruce 18, Paul Scholes 29)
Selangor Selection 0

Manchester United Players:
01 Peter Schmeichel, 02 Paul Parker, 03 Denis Irwin, 04 Steve Bruce, 23 Phil Neville, 06 Gary Pallister, 22 Paul Scholes, 19 Nicky Butt, 09 Brian McClair, 16 Roy Keane, 29 Ben Thornley, 25 Kevin Pilkington (Peter Schmeichel), 27 Terry Cooke (Paul Scholes), 20 Gary Neville (Paul Parker), 24 David Beckham (Brian McClair)

3) 22 July 2001 - Bukit Jalil Stadium - Attendances: 100,000
Manchester United 6 (van Nistelrooy (2) 7, 36, Beckham 29, Cole (2) 46, 78, Chadwick 71)
Malaysia All-Stars 0

4a) 18 July 2009 - Bukit Jalil Stadium - Attendances: 85,000
Manchester United 3 (Rooney 8, Nani 28, Owen 85)
Malaysia XI 2 (Amri 45, 52)

Manchester United Players:
Van der Sar (Foster 46); O'Shea, Ferdinand (Brown 61), Evans, Evra (Fabio 61); Gibson, Scholes (Tosic 61), Anderson (Giggs 76), Nani; Rooney (Owen 61), Berbatov (Macheda 76)

Khamis, 16 Julai 2009

Bahasa Isyarat Pulau Pinang & Produk Akademi Bahasa Pendidikan Warga Pekak


Penulis pernah didedahkan menimba ilmu Kaedah Komunikasi Seluruh (Total Communication) di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Tanjung Jalan Hutton Pulau Pinang dari tahun 1978 hingga 1983. Bagi penulis, penggunaan BMKT (sekarang KTBM) secara tidak langsung membina kemahiran penulis. Rakan-rakan sedarjah penulis gagal dalam Peperiksaan Perrnilaian Ujian Darjah 5 (sekarang UPSR) kerana mereka tidak boleh menghafal tatabahasa dalam penggunaan KTBM. Di luar sekolah rendah, penulis berkomunikasi bahasa isyarat dialek "Sri Tanjung" dengan rakan-rakan sedarjah penulis.

Dalam tahun 1984 penulis mendaftarkan diri di Sekolah Kanak-Kanak Pekak Persekutuan (sekarang Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan) Tanjung Bunga kemudian Tok Guru Dato Saleena ingat nama ayah penulis semasa berjumpa dengan penulis di kantin Asrama FSD. Penulis percaya Tok Guru Dato Saleena bergiat dalam PERKIM Pulau Pinang bersama ayah penulis. Guru Bahasa Malaysia FSD dan Pakar KTBM yang penulis jumpa ialah Allahyarham Cikgu Idrus berkomited memberikan sumbangan idea ke arah Pemantapan KTBM bersama Cikgu Saadiah mantan Pensyarah IPIK & Pengetua Sekolah Kanak-Kanak Pekak Selangor Kelana Jaya). Al-Fatihah yang mampu Warga FSD sedekahkan buat Allahyarham Cikgu Idrus yang menjadi lagenda KTBM.

Penyumbang KTBM terutama Guru Sekolah Pendidikan Khas (Pekak) masih berjuang mempertahankan KTBM (Sumber: Forum JPKhas - Bahasa Isyarat) manakala Pemimpin NGO Pekak juga berjuang martabatkan BIM. Lucu... Kerajaan Malaysia meluluskan Akta OKU 2008 termasuk BIM. Kementerian Pelajaran telah mengiktiraf KTBM sebagai Bahasa Rasmi bagi Semua Sekolah Pendidikan Khas (Pekak).

Rakyat Pekak Pulau Pinang bangga dengan PSL (Penang Sign Language) dikaji oleh Penyelidik Bahasa Isyarat bernama Hurlbut Hope sepertimana data PSL dinyatakan dalam laman web Ethnologue. Hurlbut Hope pernah membuat penyelidikan Bahasa Isyarat Malaysia, Filipina dan Taiwan.

Penulis merasai calon Produk Akademi KTBM tidak rasmi ialah Amir Hamidi, Lee TC, Sarah Mustafa dan lain-lain. maaf penulis tidak ingat nama mereka lagi..

Akademi BIM MFD masih 'membentuk' anak Presiden MFD bernama Iskandar menjadi pengguna BIM Terbaik masa depan sepertimana komen Orang MFD "I believe BIM can help both BM and English development.. I know I am not pro or a teacher.. I do believe BIM surely can help them...." dalam FB Connecting Deaf Malaysians.

IPTA banyak membuat kajian Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran. Sila berminat menghubungi UKM mengenai Abstrak Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran: 1, 2, 3, 4

Persatuan Guru Pekak Malaysia atau Malaysia Deaf Teacher Association (MDTA) wajib ditubuhkan membantu majukan pendidikan warga Pekak ke arah One Malaysia.