Sabtu, 24 April 2010

Budak Melayu bermata biru adalah anak ibubapa Pekak Kedah

AHMAD Mustafa bersama cucunya, Mohd. Aizat Aiman Mohd. Rizal yang dilahirkan aneh dengan matanya berwarna kebiruan walaupun tiada darah kacukan di Kampung Teluk Amboi, Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah, kelmarin. - utusan/ OPAT RATTANACHOT


SUNGAI PETANI 23 April - Kampung Teluk Amboi, Pulau Sayak, Kota Kuala Muda dekat sini menjadi tumpuan penduduk sejak beberapa hari lalu gara-gara seorang kanak-kanak lelaki Melayu bermata biru.

Kanak-kanak tersebut, Mohd. Aizat Aiman Mohd. Rizal, berusia 1 tahun 4 bulan menjadi tumpuan ramai kerana warna matanya berbeza dengan kebanyakan masyarakat negara ini yang rata-rata hitam atau perang.

Datuk kepada Mohd. Aizat Aiman, Ahmad Mustafa, 62, memberitahu, kejadian pelik itu berlaku selepas beberapa bulan cucunya dilahirkan.

"Semasa dilahirkan, matanya berwarna hitam macam kebanyakan kita. Namun, selepas beberapa bulan ia berubah warna menjadi biru dan berkilauan.

"Kami sekeluarga hairan kerana tidak mempunyai darah kacukan orang barat ataupun Asia Barat," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Ahmad berkata, keluarganya pernah membawa Mohd. Aizat Aiman menjalani pemeriksaan di beberapa hospital di Sungai Petani dan Pulau Pinang.

Namun, katanya, doktor mengesahkan mata Mohd. Aizat Aiman itu tidak mengalami sebarang masalah dan boleh melihat seperti kanak-kanak biasa.

Ditanya tentang kejadian aneh sebelum Mohd. Aizat Aiman dilahirkan, Ahmad berkata, semasa mengandung, ibu kanak-kanak itu, Noraini Ahmad, 31, dikatakan gemar bermain dengan seekor kucing peliharaan mereka yang bermata biru.

"Noraini suka membersihkan mata kucing itu kerana tertarik dengan warnanya yang kebiruan. Orang tua-tua kata, mungkin kejadian mata biru Mohd. Aizat Aiman ada kaitan dengan kenan kucing," ujarnya.

Bekas nelayan itu berkata, Mohd. Aizat Aiman itu juga mungkin mewarisi ciri-ciri bapanya, Mohd. Rizal Mohamad, 34, yang mata kanannya sedikit kebiruan tetapi tidak ketara.

"Noraini dan Mohd. Rizal merupakan insan istimewa kerana mereka berdua bisu dan mempunyai masalah pendengaran. Mereka bekerja sebagai operator kilang di Seberang Perai dan hanya pulang ke kampung dua minggu sekali," katanya.

Tambahnya, dia bagaimanapun berasa bimbang dengan masa depan Mohd. Aizat Aiman yang mungkin mewarisi kecacatan ibu bapanya yang tidak boleh mendengar.

"Doktor memaklumkan bahawa cucu saya ini disyaki mengalami masalah pendengaran dan perlu menjalani pemeriksaan dua bulan sekali di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani," katanya.

Ahmad bagaimanapun berharap, cucunya itu dapat menjalani kehidupan seperti insan normal.

"Dia seorang yang aktif dan sering menarik perhatian ramai kerana ciri anehnya yang bermata biru. Kini, dia juga mula petah bersuara walaupun setakat ini tidak dapat pastikan sama ada dia boleh bercakap atau tidak dalam beberapa tahun lagi. Kami doakan agar dia mempunyai sifat sempurna seperti orang lain," katanya.

Sumber: Utusan Online 24 April 2010 / 10 Jamadil Awal 1431

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Bapa anak budak melayu bermata biru yg penulis kenal. Dia punya FB di http://www.facebook.com/profile.php?id=695698658&ref=mf

Khamis, 28 Januari 2010

Pertandingan Abilimpik Kebangsaan 2010 anjuran MCR

Ada kemahiran? Mari menyertai pertandingan Abilympics 2010 seperti risalah yang dilampiran bersama [http://www.scribd.com/doc/25914729/Risalah-Mcr-Abilimpik-Keb-2010].

Risalah Mcr Abilimpik Keb 2010

Sila maklumkan kepada rakan2 Pekak yang ingin menunjukkan kemahiran.

Jangan lupa hantar borang penyertaan kepada MFD dan tarikh akan dimaklumkan.

Sekian, terima kasih

Setiausaha MFD Kebangsaan

Sumber: Emel dia yang penulis terima kelmarin.

Ahad, 27 Disember 2009

Suami-Isteri setia kepada Badan Warga Pekak


Komitmen suami-isteri masih/pernah berkhidmat di Badan-Badan Warga Pekak iaitu NGO Pekak dan Institut Pekak.

1] Abdul Azim Khor{AJK MFD Pulau Pinang}-Siti Zubaidah {Jurubahasa Isyarat} (PEN)

2] Ahmad Zainurin {Mantan Setiausaha POCPS}-Siti Mahnun {Timbalan Presiden POPCS} (SEL)

3] Amir Hamidi {Presiden PSD}-Eamienor Zakiah {Penolong Setiausaha PSD} (PRK)

4] Aqlam Jafri {Presiden MFD Kuala Lumpur}-Hafidah {Jurubahasa Isyarat}(KUL)

5] Jimmy Cham {mantan AJK KDA}-Jasmine Chou {mantan Penolong Setiausaha KDA} (KED)

6] Lim Heng Tuck {Presiden KDA}-Chong Chooi Chu {Penolong Setiausaha KDA}(KED)

7] Mohd Satar {mantan Jurubahasa Isyarat Berita TV1}-Norhafiza {mantan Jurubahasa Isyarat Berita TV1} (KUL)

8] Ong Shin Ruenn {Timbalan Presiden PSD}-Soon Yeok Voon {Bendahari PSD} (PRK)

9] Razani {Presiden MFD Kelantan}-Noor Hasekeen {Jurubahasa Isyarat}(KEL)

10] Allahyarham Syed Zainal Rasidi {mantan penasihat PSD}-Siti Khadijah {mantan setiausaha
PSD} (PRK)

11] Tan Kim Huat {Bendahari MSFD}-Josephine Koo {Staf PMY} (KUL)

12] Tengku Arman Harris {Presiden MFD Terengganu}-Azizah {Mantan Bendahari MFD Terengganu} (TER)

13] Yeoh Hooi Chea {Timbalan Presiden KDA}-Suntri Ah Kooi {AJK KDA}(KED)

14] Mendiang Yip Kok Choong {Penyumbang PMY}-Lucy Lim {jurubahasa isyarat} (KUL)

Anugerah Sepasang Suami-Isteri lama berkhidmat kepada Komuniti Warga Pekak ialah Lim Heng Tuck-Chong Chooi Chu masih setia kepada KDA selama lebih 20 tahun

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Maafkan penulis tidak dapat kumpulkan data sebenar.