Sabtu, 4 Julai 2009
Khidmat Bantuan Motosikal di Jambatan Pulau Pinang
Bagus..Pengurusan PBSB baru-baru mempromoikan kempen penerangan Khidmat Bantuan Motosikal kepada Penangite (Penduduk Pulau Pinang) sebab PBSB menjaga kebajikan penunggang motosikal menggunakan jambatan Pulau Pinang.
Penulis pernah berulang-balik ke Jurutera Pakatan (mantan tempat kerja penulis sebagai perintis pelukis pelan) jalan mandalay, Georgetown dari bukit mertajam melalui Jambatan Pulau Pinang selama 2 tahun.
Penulis dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang dikenali sebagai Pulau Mutiara.
Fakta-Fakta Menarik mengenai Jambatan Pulau Pinang.
1) Allahyarham Tun Abdul Razak (Ayah Najib) Perdana Menteri Malaysia ke-2 menyuarakan idea pembinaan Jambatan antara Pulau Pinang dan Seberang Perai pada awal 70's.
2) Allahyarham Tun Hussien Onn (Ayah Hishammuddin) Perdana Menteri Malaysia ke-3 merancangkan pembinaannya pada akhir 70's.
3) jambatan bertol (Toll Bridge) merentasi laut yang terpanjang jarak 13.5 km (8.4 batu) di Asia Tenggara 1985-2012
4) direka oleh mendiang Tan Sri Datuk Professor Ir. Chin Fung Kee yang dilahirkan di Nibong Tebal itu dikenali sebagai penyumbang idea kejuruteraan geoteknikal. Beliau mantan Pemangku Naib Canselor Universiti Malaya 1966-1967.
5) kos ini sebanyak RM 850 juta dibina oleh Hyundai Engineering and Construction Company (Korea) Ltd dan United Engineers Malaysia Berhad (UEM) dari mulai pembinaannya tahun 1982 hingga siap 1985.
6) Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang dikelolakan pada mulai tahun 1985 hingga sekarang. Penulis pernah mengambil bahagian dalam acara 21 km 2 kali iaitu tahun 1988 & 1992.
7) 3 Ogos 1985 - Tun Dr Mahathir Mohammad Perdana Menteri Malaysia ke-4 telah merasmikan Jambatan Pulau Pinang sambil memandu kereta nasional Proton Saga.