Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Surfer Deaf Blogger,
Selamat Datang ke blog Harapan Warga Pekak Malaysia. Blog ini menjadi perhubungan antara saya dan Deaf Blogger. saya akan memanfaatkan blog ini untuk berbicara mengenai MASA DEPAN MASYARAKAT PEKAK MALAYSIA TANPA MAIN POLITIK PEKAK.
Mengenai latarbelakang saya:-
saya bekas Setiausaha Agung MSFD tidak pernah berfikir lebih mengutamakan peribadi diri dari NGO Pekak sebab saya adalah hak kepunyaan rakyat Pekak Malaysia.
saya berkhidmat kepada Rakyat Pekak Malaysia hampir 20 tahun.
saya tidak pernah diberi peluang mengambil kursus kepimpinan Pekak di JICA Osaka setelah gagal dalam ujian pemilihan 3 kali. Tak apa. Presiden MFD bercakap lisan pada saya tentang saya tidak payah pergi ke JICA Osaka kerana saya telah dilabel sebagai Genius Pekak Malaysia selalu menghulurkan sumbangan tidak kira masa, duit, kerja demi kepentingan Rakyat Pekak Malaysia.
Presiden POCPKelantan telah melabelkan saya sebagai bapa penyelamat POCPKelantan di hadapan Presiden POPMelaka semasa Abdul Sukor minta nasihat teknikal daripada Razani pada hari MFD menyambut ulangtahun ke-8 di Dewan Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Untuk pengetahuan Deaf Blogger, saya telah mengeluarkan wang saku untuk mempelajari Deaf Studies tidak rasmi di luar negara.
1) saya selaku pengiring Wakil Malaysia En. Sazali menghadiri Mesyuarat Perwakilan WFD Asia Pasifik di New Delhi 1993.
2) saya selaku Ketua Kontinjen Malaysia memimpin 6 orang Belia Pekak menghadiri Kem Belia Pekak WFD di Piesendorf, Austria 1995.
3) saya bersama Puan Sariah team KLSD mewakili Malaysia menghadiri Majlis Ulangtahun Persatuan Orang Pekak Hong Kong ke-20 di Hong Kong 1996.
4) saya dijemput 'tidak langsung' menyampaikan ceramah motivasi Belia Pekak di Singapore 1997 and Thailand 1997 sebab saya individu yang bukan mempromosikan diri bagi saya mewakili NGO Pekak Malaysia.
Saya telah menidakkan hasrat saya yang ditaja oleh USA National Deaf Association sebagai fasilitor Kem Belia Pekak Amerika Syarikat di Oregan, USA 1998 selama 1 bulan. Allahyarham Syed Osman menasihat saya mesti menolak tawaran USA NAD atas masalah Protokol.
Sila tanya bekas Setiausaha USA NAD jika tidak percaya tawaran ini.
Saya telah menjadi kambing hitam selama 10 tahun......... saya tidak marah...
Saya akan sambungkan blog harapan warga Pekak Malaysia tentang Mengapa saya tubuhkan DSE (D' Sports Excellence)?
Terima kasih atas Deaf Blogger membaca blog penulis