Khamis, 15 Mei 2008

Pemimpin Pekak NEVER bermusuhan dengan Pemimpin Pekak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Pembaca Bukan Pekak,

Penulis meminta keIZINan dari Presiden PSD untuk meminjam petikan Blog Presiden PSD.

Mari baca blog Presiden PSD di www.amir-hamidi.name.my (pena diam)

1) Forum Pekak - Penyubur keganasan pemikiran Pekak? (31 Mac 2006)

"Di sebalik tabir pemikiran mereka, penulis mendapati kaedah dan teknik berhujah di kalangan mereka masih tidak mencapai tahap yang meyakinkan dan berkelas dunia. Punca utama kelemahan tersebut yang dikenal pasti ialah kecetekan dan kedangkalan pengetahuan tentang pendidikan, kebudayaan, sejarah, politik, agama dan isu-isu nasional.

Ini memperkukuh pendapat awam bahawa warga Pekak di negara ini masih lemah dalam penguasaan pelbagai disiplin ilmu. Mereka tidak bersungguh-sungguh menggunakan kekuatan akal semaksimum yang mungkin dalam menilaikan sesuatu input yang diterima melalui deria penglihatan sebelum mengeluarkan buah fikiran yang mantap dan tidak 'ganas' dan kemudian menyebarkan maklumat yang berkualiti.

Sekiranya punca tersebut dinafikan, seperti kebiasaan, masalah penguasaan bahasa akan dijadikan alasan yang menghalang mereka menterjemahkan pelbagai idea yang lebih ganas, hebat dan bernas dalam bentuk tulisan yang dapat dibaca dan difahami oleh setiap lapisan masyarakat umum.

Seandainya mereka memperbaik kekurangan yang demikian dengan dada yang terbuka, pasti mereka akan mengharmonikan keganasan pemikiran mereka dengan nilai-nilai yang mulia sekali gus menjadi seorang forumnis dan pembahas Pekak yang berminda kelas satu, berpengetahuan, berbudi bahasa serta mampu mengeluarkan hujah yang lebih rasional dan mencerminkan pemikiran yang berwibawa."

2)Berbeza pendapat sehingga tidak bermusuhan (8 Okt 2007)

"Tidak dapat dinafikan bahawa konflik kepemimpinan Pekak telah merebak ke sesetengah negeri dan mewujudkan perbezaan pendapat. Namun demikian, hal ini tidak mengakibatkan permusuhan sesama warga Pekak serta meningkatkan minat mereka secara positif dalam mengikuti perkembangan isu semasa.

Penulis sentiasa memberikan penekanan supaya para warga Pekak mengutamakan akal budi untuk berpegang pada mana-mana pandangan pemimpin Pekak yang mengutamakan perbezaan pendapat dan tidak sepatutnya menjadikannya sebagai punca kepada permusuhan dan perpecahan warga Pekak."

Mari mengunjungi Pejabat Persekutuan Orang Pekak Malaysia di Menara KLH, Puchong. sila layari laman mfd di www.mfd.org.my & www.epekak.net.my untuk mendapatkan makluman selanjutnya tentang budaya orang Pekak bagi your reference and knowledge.

Terima kasih. Wassalam.