Sabtu, 17 Mei 2008

Rakyat Pekak Malaysia WAJIB memPERTAHANkan Agenda KeTUANan PEKAK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Deaf Reader,

Rakyat Pekak Malaysia wajib FAHAM apa makna keTUANan PEKAK.

Ketuanan Pekak bukanlah untuk menjadikan Pekak ini Tuan dan bukan Pekak sebagai Hamba. Sebaliknya Ketuanan Pekak membawa makna besar kepada Rakyat Pekak Malaysia menjaga kebajikan Masyarakat Pekak Malaysia, kepentingan Bahasa Isyarat Malaysia dan Warisan Budaya Warga Pekak terjamin.

Oleh itu apabila semua pemimpin Pekak dahulu meneruskan perjuangan mempertahankan ketuanan Pekak ia merupakan perjuangan mempertahankan kebajikan Masyarakat Pekak Malaysia, kepentingan Bahasa Isyarat Malaysia dan Warisan Budaya Warga Pekak terjamin.

Ketuanan Pekak tidak pernah menindas warga bukan Pekak atau menjadikan warga bukan Pekak sebagai hamba. Selama berpuluh tahun MFD-MSFD membawa perjuangan Ketuanan Pekak tidak ada satu warga bukan Pekak pun yang ditindas atau menjadi hamba.

Penulis melihat ramai orang bukan Pekak yang menikmati kemajuan pesat negara, malah dalam banyak kaum bukan Pekak meraih kek ekonomi yang lebih besar berbanding orang Pekak. Orang Pekak sendiri TIDAK PERNAH menganggap dirinya tuan atau mahu dipanggil tuan. Malah orang Pekak juga berusaha keras untuk berjaya di negara kita.

Sekiranya Agenda KeTUANan PEKAK diHAPUSkan oleh Penderhaka KEJAM & TAK SUCI HATI bermakna keHILANGan Hak Warga Pekak Malaysia, keHILANGan Bahasa Isyarat Malaysia dan keHILANGan Warisan Budaya Warga Pekak.

Penulis berharap supaya Rakyat Pekak Malaysia berfikir untuk maju ke hadapan tanpa mengorbankan sejarah dan generasi kita. Perjuangan Agenda KeTUANan PEKAK adalah untuk mempertahankan sejarah dan generasi kita.