Jumaat, 5 Jun 2009

Pemain-Pemain Bolasepak/Futsal Pekak Malaysia patut mencontohi CAFU

Cafu pemain pertahanan kanan dikenali sebagai Ketua Pasukan Brazil menjulang trofi World Cup Japan/Korea 2002. Mengapa penulis gemar memilih Cafu? Sir Alex Ferguson Pengurus Manchester United mengakui Cafu mampu menjulangi Trofi Piala Bolasepak anjuran FIFA, UEFA & CONMEBOL.
Cafu menyarung Jersi Samba sebanyak 143 kali dari mulai tahun 1990 hingga 2006. Sebelum ini, Mentor Tele Santana mantan Pengurus Brazil World Cup Espana 1982 & Mexico 1986 & mantan Pengurus São Paulo mencadangkan pertukaran poisi dari midfield ke wingback sesuai bagi Cafu pada tahun 1990 kerana kebolehan Cafu berlari pantas macam keretapi laju.

Cafu dipanggil oleh rakan AS Roma sebagai Il Pendolino ("The Express Train" or "The Commuter").

Mari tengok latarbelakang Cafu mampu menjulangi trofi Piala Bolasepak seperti di bawah:-


Penulis pernah melepaskan peluang menonton perlawanan persahabatan Brazil 4 Malaysia 0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. selepas ini, Brazil kalahkan Turki 2-1, China 4-0, Costa Rica 5 - 2 dalam pusingan pertama, Belgium 2 - 0 pusingan kedua, England 2 - 1 suku akhir, Turki 1 - 0 separuh akhir & Jerman 2 - 0 akhir sehingga Brazil menjadi Juara World Cup Japan/Korea 2002 di Stadium Antarabangsa Yokohama, Jepun.

Penulis mencadangkan agar Pemain-Pemain Bolasepak/Futsal Pekak Malaysia patut memperbaiki kelemahan sendiri dengan cara-cara mengkaji pelajaran Bolasepak sahaja. Jangan bermimpi menjadi pemain profesional bergaji Tinggi dalam masa cepat jika tidak berusaha memajukan diri.

Selamat Berjaya kepada Pemain-Pemain Bolasepak/Futsal Pekak Malaysia.

Jumpa lagi. Terima kasih

Penulis
Mantan Pengurus Pasukan Bolasepak Pekak Malaysia Taipei 2000 layak ke Deaflympic Rome 2001