Rabu, 10 Jun 2009
Penjaring Terawal & Terakhir mencipta sejarah Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Penulis mendapat ilham terbaru untuk mencari data keputusan bolasepak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Majlis Pembukaan SUKMA ke-12 dirasmikan pada 31 Mei 2008. Kos pembinaan Stadium ini sebanyak RM 270 juta menampung 50,000 tempat duduk. Runtuhan Bumbung berlaku di Stadium ini pada 2 Jun 2009 pukul jam 7.30 pagi waktu Malaysia.
Nama Penjaring Terawal di Stadium ini ialah Wan Mohd Aliff pemain skuad SUKMA Terengganu membantu Terengganu mengutip pingat EMAS acara bolasepak setelah menewaskan Perlis 5 - 1 dalam perlawanan akhir pada 8 Jun 2008. Sumber: Seladang.net
Nama Penjaring Terakhir di Stadium ini ialah Ashaari Shamsuddin pemain skuad Liga M Terengganu menjaringkan gol hatrik (masa 33, 54, 90+1) mengalahkan Johor FC 3 - 2 dalam Liga Super Malaysia pada 26 Mei 2009. Sumber: Terengganu Football Comunity
Fakta - Fakta Menarik - Stadium Wembley 'Lama', London dari tahun pembukaan 1923 hingga akhir 2000 kemudian stadium ini diubahsuai menjadi Stadium Wembley 'Baru' pada tahun 2003:
nama Penjaring terawal di stadium wembley lama ialah David Jack pemain Bolton Wanderers membantu Bolton Wanderers menjuarai Piala FA setelah menewaskan West Ham United 2 - 0 dalam perlawanan akhir pada 28 April 1923.
nama Penjaring terakhir di stadium wembley lama ialah Dietmar Hamann pemain skuad kebangsaan Jerman mengalahkan England 1 - 0 pada 7 Oktober 2000.
sumber: Wembley Stadium 1923 & David Jack
Labels:
Bolasepak Eropah