Rajeev Bagga berjaya mengutip 2 pingat EMAS acara perseorangan dan beregu lelaki kategori 40 tahun ke atas (40+) di kejohanan Badminton Senior Eropah Sepanyol pada 29 Sept ~ 4 Okt 2008.
Sumber: Laman Badminton Eropah, Prestasi Bagga di Kategori Badminton 40+
Rajeev Bagga (tarikh lahir 1967) seorang pemain badminton India berjaya menjuarai acara Peseorangan (1992 & 1993) dan beregu Lelaki (1998) Kejohanan Badminton Kebangsaan India. Kerajaan India menganugerahkan Hadiah Arjuna Badminton 1993 kepada Rajeev Bagga yang pernah mewakili India ke Thomas Cup, Commonwealth Games, Malaysia Open, Yonex All England. Beliau sedang dikenali sebagai Raja Peseorangan Lelaki Deaflympic setelah mewakili India mengumpul 5 pingat EMAS di NZL 1989, Sofia 1993, Copenghan 1997, Rome 2001 dan Melbourne 2005. Beliau bermastautin di Great Britian. Beliau akan mewakili Great Britian untuk memastikan EMAS peseorangan Lelaki Deaflympic Taipei 2009 menjadi miliknya.
Rajeev Bagga pernah mengalahkan Thomas Teh (Malaysia) 2 kali dalam perlawanan akhir acara peseorangan lelaki Badminton di Sofia 1993 dan Rome 2001.
@@@Penulis HWPM@@@
Tiada Pengganti Thomas Teh 'mengajar' Rakyat Pekak Malaysia bersatupadu mencungkil bakat kanak-kanak Pekak bermain badminton di seluruh Malaysia JIKA Thomas Teh hendak bersara dari bermain badminton bila-bila masa.
Rakyat Pekak Malaysia sentiasa membantu menyokong Matlamat MSFD melahirkan atlet elite Pekak Malaysia berwibawa naikkan Jalur Gemilang di arena antarabangsa.
Rakyat Pekak Malaysia berdoa semoga bakat kanak-kanak Pekak dicungkil menjadi Atlet Elite Malaysia masa depan.