Selasa, 18 November 2008

YB Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Soalan Dewan Negara

From: Komuniti Oku
Date: 2008/11/18
Subject: [komuniti_oku: 24263] SOALAN DEWAN NEGARA
To: komuniti_oku@googlegroups.com

Dear Ladies and Gentlemen,

In addition to my previous posting last week, I am glad to share more information with all of you on the list.

Regards
Senator Ismail

SOALAN DEWAN NEGARA

Soalan Lisan:

1. Baru-baru ini, Kerajaan telah melaksanakan pengambilan lebih kurang 10,000 bakal calon bagi pekerjaan sama ada untuk memenuhi kuota 1 peratus. Apakah tindakan yang sama telah juga dibuat oleh sektor swata?

2. Pada 24 Disember 2007, Parlimen telah meluluskan Akta OKU . Saya ingin tahu bilakah Akta ini akan diwartakan? Mengapa perlunya kita menunggu supaya standard operating procedure bagi Akta tersebut selesai disediakan, baru ianya diwartakan?

3. Kini terdapat persaingan yang tidak sihat dari pendatang asing dalam perkhidmatan mengurut (massage). Mereka ini mengenakan bayaran yang lebih rendah dan tidak mempunyai kelayakan yang sesuai. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kementerian Dalam Negeri, terutamanya Jabatan Imigresen untuk membendung kegiatan yang tidak sihat ini?

4. Apakah langkah-langkah yang harus diambil oleh Kementerian Pelajaran untuk memastikan semua kanak-kanak OKU yang layak diberikan pendidikan bermula dari pendidikan awal? Satu pelan tindakan bagi memastikan Pendididkan Untuk Semua (Education For All) bagi kanak-kanak OKU dapat dilaksanakan? Apakah tindkan telah dibuat untuk mencapai matlamat ini?

5. Kini masih terdapat satu Klaus dalam Akta Pelajaran yang tidak selari dengan matlamat EFA. Klaus tersebut ialah berkaitan dengan "only educable can enter into education system" . Klaus ini merupakan satu diskriminasi terhadap kanak-kanak OKU yang mempunyai kecacatan berganda (multiple disabled). Adakah Kementerian bercadang untuk menggugurkan Klaus tersebut dari Akta Pelajaran?

6. Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada pelajar OKU yang terdapat di IPT? Sejauhmanakah Kementerian Pengajian Tinggi merasakan keperluan ini adalah tanggungjawab sosial Kementerian terhadap pelajar OKU?

7. Kementerian Pengajian Tinggi pernah bercadang ubtuk menubuhkan satu Unit Pembangunan IPTS Bumiputera di bawah Jabatan Pendidikan Swasta. Sejauh manakah ianya telah dilaksanakan?

8. Kementerian Pengajian Tinggi bercadang untuk melaksanakan sistem ranking di kalangan IPT tempatan. Apakah langkah-langkah persediaan yang telah dibuat ke arah pelaksanaan tersebut dan bilakah ianya akan dilaksanakan?

9. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Sosial menyediakan Geran Pelancaran bagi membantu usahawan OKU memulakan perniagaan mereka. Jumlah geran tersebut adalah terlalu kecil iaitu RM 2,750 bagi satu permohonan. Saya mencadangkan supaya kuantum geran ini dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM 10,000 supaya perniagaan yang hendak dijalankan mendapat pembiayaan yang viabel.

10. Apakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk melaksanakan Kadar Upah Minimum? Apakah faktor-faktor yang boleh menghalang perlaksanaan sekim tersebut?

11. Bilakah Perjanjian Perdagangan Bebas antara Malaysia dan US dijangka dilaksanakan? Apakah faktor-faktor yang melambatkan pelaksanaan perjanjian tersebut?

12. Mengikut perangkaan Bank Negara, rezab luar negara Malaysia kini mampu membiayai lebih 9 bulan import. Lazimnya, negara tidak perlu menyimpan rezab yang begitu tinggi. Ini bererti negara mempunyai lebihan rezab bagi kegunaan pelaburan alternatif seperti yang dilakukan oleh negara Singapura dan China. Apakah tindakan Kerajaan untuk tujuan ini?

13. Apakah Kerajaan mempunyai dasar yang komprehensif bagi membangun industri perikanan laut dalam?

14. Apakah Dasar Ekonomi Baru masih relevan? Adakah Kerajaan bercadang untuk meminda atau membuat pengubahsuaian terhadap dasar tersebut?

15. Sektor swasta merupakan 90 peratus pembekal pekerjaan dalam ekonomi kita. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh sektor swasta bagi menjamin penyertaan Bumiputera secara lebih bermakna?

16. Projek agropolitan ala Pulau Banggi, Sabah telah menunjukkan impak yang positif. Adakah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah bercadang untuk memperluaskan lagi projek seumpama ini?

17. Perancangan Koridor akan memerlukan pelaburan besar mungkin melebihi dari apa yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan. Jika Kerajaan melaksanakan pelaburan ini, ianya akan meningkatkan kadar defisit negara melebihi 4% dari KDNK. Dari pandangan Kerajaan, adakah langkah ini menggambarkan belanjawan tidak berhemah?

18. Kenaikan harga barang baru-baru ini telah menjejas kebajikan rakyat Malaysia. Apakah langkah yang diambil bagi menangani masaalah ini?

19. Di bawah pengurusan MARA terdapat beberapa IPTS yang bersaing secara langsung dengan IPTS Bumiputera. Apakah langkah rasionalisasi boleh dilaksanakan bagi mengurangkan persaingan yang kurang sihat ini? Adakah pihak MARA bercadang untuk menswastakan beberapa kolej tersebut?

20. Apakah langkah-langkah baru yang akan diambil oleh pihak MARA bagi memperluaskan lagi pembangunan keusahawanan di kalangan usahawan Bumiputera? Apakah ciri-ciri utama langkah tersebut?

Soalan Bertulis:

1. Kontrak Sosial merupakan asas utama dalam mengwujudkan masyarakat yang bersatu-padu. Baru-baru ini, terdapat suara-suara lantang yang mengkritik Kontrak Sosial tersebut. Apakah langkah-langkah pencegahan yang akan diambil oleh Kerajaan unutk membendung daripada berlakunya perpecahan perpaduan disebabkan tindakan yang tidak bertanggungjawab ini?

2. Industri kraf akan memaninkan peranan penting dalam pembangunan Koridor Wilayah Timur. Apakah satu skim insentif yang komprehensif telah dibentuk bagi menggalakkan industri tersebut?

3. Berapa banyakkah keluasan tanah terbiar di negara kita? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena tanah terbiar ini? Apakah pula langkah-langkah yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani bagi menangani masaalah ini?

4. Sistem kewangan Islam telah berkembang dengan pesatnya di negara kita. Walau bagaimanapun, kini terdapat ramai ahli professional dalam bidang kewangan Islam yang berhijrah ke negara asing. Apakah langkah yang boleh dan sedang diambil oleh Kerajaan untuk membendung fenomena ini dari berlaku?

5. Kini ramai ahli professional dalam bidang perkhidmatan yang berhijrah ke luar negara bagi mencari pendapatan yang lebih lumayan. Sekiranya ini terus berlaku, ianya akan menjejas daya saingan negara kita. Apakah satu kajian yang terperinci telah dilakukan oleh Unit Perancangan Ekonomi bagi benar-benar memahami fenomena ini dan melaksanakan langkah-langkah pencegahan?