Selasa, 5 Ogos 2014

Pejuang Hak Pendidikan Terbaik untuk Pelajar-Pelajar FSD??





Gambar ini ditunjukkan dari Album:Gambar lama - kenangan FSD/SMPKP dalam FB Cikgu Teh Kean Hoe

Sabtu, 6 Oktober 2012

Kemusykilan Agama: Soalan Penulis kemukakan kpd JAKIM melalui IslamGRID

Rakan Pembaca Blog,

Jom membaca blog ini untuk rujukan Pembaca Blog Pekak beragama Islam.

Selamat Melayari Blog ini


1) Soalan

assalamualaikum. saya ini orang pekak. saya ingin tanya 1) adakah orang
pekak layak masuk syurga walaupun dia tak mengerjakan solat fardu? 2) di
dunia ini dia jadi pekak adakah di akhirat pun sama?

Penulis & Isteri Penulis bertanya pada 10 Okt 2007 lalu

Jawapan

Wa'alaikumussalam wbt.
Syurga adalah milik Allah, masuk ataupun tidak kedalam syurga adalah
keputusan daripada Allah akan tetapi Allah telah menjanjikan syurga untuk
manusia yang beriman dan beramal soleh. Saudar di nasihatkan untuk belajar
bagi menunaikan solat walau dengan cara apa sekalipun contohnya dengan
menggunakan bahasa isyarat dan mencari guru-guru yang boleh membantu.
Diakhirat kelak orang pekak akan orang normal semula.

Sumber:- http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/4713

2) Soalan

assalamualaikum ustaz/ustazah, saya seorang Cina Muslim Pekak rasa kecewa
kerana belum mendapat jawapan fatwa "buku Bahasa Isyarat Al-Quran Utk
Dikhaskan kepada Masyarakat Pekak Beragama Islam Antarabangsa wajib
diwujudkan" setelah 20 tahun. Oleh itu saya bimbang tentang "Buku Bahasa
Isyarat Bible Utk dikhaskan kepada Masyarakat Pekak Antarabangsa" boleh
me'murtad'kan Masyarakat Pekak Islam. sila tengok laman web Deaf Bible
Institute di www.silentwordministries.org

Penulis bertanya pada 11 Okt 2007 lalu

Jawapan

Wa'alaikumussalam..
Panel mengucapkan terima kasih di atas cadangan yang diberikan. Saudara
dicadangkan supaya menulis surat rasmi kepada:
Ketua Pengarah JAKIM,
Aras 9 Blok D7,Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519 Putrajaya.

Sumber:- http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/4734


Isnin, 27 Ogos 2012



Assalamualaikum Semua Saudara/Saudari yang kenal saya di Malaysia.

Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 0-0 kepada semua.

Jom datang ke rumah saya untuk raya. Sila SMS kat saya dulu.

Jumpa lagi

Marzuki Ong
Penulis Blog HWPM
Mantan Penggiat NGO Pekak

Isnin, 24 Oktober 2011

Selamatkan Pusat Dobi KDA




Penulis ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Pusat Dobi KDA ke-2 kepada Pusat Dobi KDA.

Pusat perniagaan ini diwujudkan untuk membantu OKU Pekak dengan sumbangan Yayasan Bursa Malaysia dan Yayasan CIMB.

YTM Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Kebawah DYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menandatangani plak perasmian Pusat Dobi KDA pada 23 Oktober 2009. Baginda juga merupakan Penaung SOPMA Langkawi 2003.

Hari ini ada orang yang tidak bertanggungjawab hendak menutup Pusat Dobi ini. Perbuatan ini dianggap boleh mencemarkan nama YTM sebagai perasmi. Mereka juga telah mengkhianati kepercayaan penyumbang seperti pihak Yayasan Bursa Malaysia & Yayasan CIMB yang telah menyumbang kepada kejayaan penubuhan Pusat ini.

Mereka juga telah menghancurkan harapan Orang Pekak untuk menjalankan urus niaga serta untuk hidup berdikari melalui perniagaan ini.

Sejak PUSKOM Kedah berpejabat baru, Pusat ini tidak lagi beroperasi.
Orang yang tidak bertanggungjawab menutup pusat dobi KDA adalah mereka didapati memiliki ciri-ciri kelemahan pemimpin pekak yang dipaparkan di Dinding Wan Mohd Ali pemimpin veteran PDA dalam FB MFD di http://www.facebook.com/groups/infomfd/282114175150601/

Penulis merayu kepada semua Komuniti Orang Pekak Malaysia supaya dapat menyelamatkan Pusat Dobi KDA dengan cara apa sekali pun. Melalui Blog ini Penulis cadangkan KEMPEN SELAMATKANLAH PUSAT DOBI KDA.

Pembaca boleh meninjau sendiri Pusat Dobi KDA sekarang jika meragui kebenaran artikel ini.

Terima kasih kepada Pembaca yang melapangkan masa membaca blog penulis sebagai tanda bersimpati & memahami kesusahan staf Pusat Dobi KDA & juga membela nasib kawan2 kita OP.

Ahad, 23 Oktober 2011

Ciri-Ciri Kelemahan Pemimpin Orang Pekak...











Dinding Wan Mohd Ali pemimpin veteran PDA dalam FB MFD di http://www.facebook.com/groups/infomfd/282114175150601/

Rabu, 24 Ogos 2011

Jumaat, 27 Mei 2011

Rekod Bolasepak Pekak Asia Pasifik 1984 - 2011


Tahniah kepada Pasukan Bolasepak Pekak IRAN berjaya meneruskan penguasaan Bolasepak Pekak Asia Pasifik pada tahun 1992 hingga 2011.

Tahukah IRAN menaikkan nama Asia Pasifik di mata Antarabangsa kerana berjaya merebut pingat PERAK Acara Bolasepak Sukan Deaflympics Melbourne 2005.

Tahukah IRAN tidak mengambil bahagian dalam Kejohanan Bolasepak APDSC Bangkok 2006.

Malaysia pernah mengutip pingat PERAK APGD Kuala Lumpur 1996 setelah ditewaskan oleh IRAN 1 - 2 dalam perlawanan akhir di Stadium Bolasepak Cheras.

Arab Saudi terpaksa mengumpul 2 pingat PERAK APGD Taiwan 2000 dan Naib Juara APFQR Kuala Lumpur 2004 selepas dikalahkan oleh IRAN.

Thailand berjaya pertama kali mencipta Rekod Bolasepak Pekak ASEAN dan menjuarai Kejohanan Bolasepak APDSC Bangkok 2006.

Penulis akan sambungkan kisah pengalaman berkongsi......

Dilaporkan oleh
Penulis HWPM
Mantan Setiausaha Agung MSFD
Mantan Pengurus Bolasepak Pekak Malaysia APGD Taipei 2000
Mantan Pesuruhjaya Teknikal APDSC 2008


Ahad, 23 Januari 2011

Hidung "PUSKOM PENANG" Hilang

5 buah Pusat Komunikasi Orang Pekak dalam Laman Web MFD.

Gambar ini menandakan 5 buah PUSKOM 'disuapkan' oleh MFD kecuali Puskom Pulau Pinang 'diabaikan'.



Jawapan daripada Pentadbir Laman Web MFD via Facebook



ULASAN PENULIS:-

1) Staf MFD telah mengeluarkan komennya "PUSKOM Pulau Pinang kepunyaan MFD bukan PDA". Ini bermakna MFD 'mengawal' Puskom Pulau Pinang.

2) Staf MFD telah ingatkan Pentadbir Laman Web MFD tentang PUSKOM Terengganu. Ini bermakna Hidung PUSKOM Terengganu masih hilang lagi.

3) Staf MFD telah melabel penulis sebagai Terror (pengganas). Ini bermakna seolah-olah tidak suka menghormati pemimpin Ketuanan Pekak lagi.

4) Staf MFD telah 'memperlekehkan' penulis sebab tidak tahu menghargai sumbangan veteran Pekak demi kemajuan Masyarakat Rakyat Pekak Malaysia.

5) Pentadbir Laman Web MFD 'ikhlas' membuat kenyataannya sebagai Staf MFD didapati menjalankan tugas amanah, bersih dan cekap.

Isnin, 15 November 2010

Kejohanan Badminton Pekak Asia Pasifik Indonesia 2010


Keputusannya dipaparkan di laman web Tournament Software [http://www.tournamentsoftware.com/sport/tournament.aspx?id=A694F873-70E7-43E5-AC44-C85F0330D1D3]

Juara Peseorangan Lelaki: Woo Jisoo (Korea Selatan)

Juara Peseorangan Wanita: Fan Jung-Yu (Taiwan)

Juara Beregu Lelaki: Shin Kyungduk/Sin Hyunwoo (Korea Selatan)

Juara Beregu Wanita: Chihiro Shinada/Tomoko Nakai (Jepun)

Juara Beregu Campuran: Sin Hyunwoo/Yu Eunkyung (Korea Selatan)

Juara Acara Berpasukan: KOREA SELATAN

*******************************************************************

Laporan Majlis Pembukaan Kejohanan Badminton Pekak Asia Pasifik Indonesia 2010 dipaparkan di blog Jauhar Efendi [http://www.jauharefendi.web.id/tag/asia-pacific-deaf-badminton-championsip]

Edy Susanto: Wakil Indonesia di Final Kejuaraan Bulu Tangkis Tunarungu Asia Pasifik dalam Laman Indonesia Berprestasi [http://www.indonesiaberprestasi.web.id/2010/11/edy-susanto-wakil-indonesia-di-final-kejuaraan-bulu-tangkis-tunarungu-asia-pasifik/]

Kejuaraan bulutangkis tuna runggu dalam laman bulutangkis.com [http://www.bulutangkis.com/mod.php?mod=diskusi&op=viewdisk&did=6807&PHPSESSID=6c0631de23bf1ceb8e3fb1cea8d5180d]

Kejuaraan Bulutangkis Tuna Rungu Asia Pasifik Sepi Peserta dalam laman Tempointeraktif.com [http://www.tempointeraktif.com/hg/raket/2010/11/08/brk,20101108-290240,id.html]

Indonesia Gagal di Kejuaraan Bulutangkis Tuna Rungu Asia Pasifik dalam laman Tempointeraktif.com [http://www.tempointeraktif.com/hg/olahraga_lain/2010/11/10/brk,20101110-291036,id.html]

Ahad, 24 Oktober 2010

Bajet 2011 - Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik

Salam pembaca yang dihormati,

sila membaca petikan ucapan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak - Bajet 2011: Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik sepertimana dipaparkan di laman Kementerian Kewangan Malaysia:- Teks Ucapan Bajet 2011 [http://www.treasury.gov.my/bajet2011/data/ucapan/ub11.pdf] dan Lampiran [http://www.treasury.gov.my/bajet2011/data/ucapan/lampiran11.pdf]

---------------------------------------------------------------------
Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik

81. Ternyata, kerajaan menjiwai keluh kesah dan kesukaran hidup yang dihadapi oleh golongan kurang bernasib baik. Tumpuan akan terus diberikan untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara. Bagi tahun 2011, kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjalankan pelbagai program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan. Antara program dan insentif yang disediakan:

Pertama: Program bantuan kebajikan warga emas dengan peruntukan RM166 juta untuk mengatasi masalah golongan ini yang dijangka meningkat melebihi 15 peratus daripada jumlah penduduk negara menjelang 2030;

Kedua: Program bantuan kanak-kanak dengan peruntukan RM121 juta disediakan bagi membolehkan mereka menerima perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal yang berkualiti. Program ini akan memanfaatkan seramai 97,000 kanak-kanak;

Ketiga: Program bantuan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM218 juta akan dimanfaatkan oleh 80,000 OKU;
Keempat: Pengecualian duti eksais dinaikkan daripada 50 peratus kepada 100 peratus ke atas sebuah kenderaan nasional yang dibeli oleh OKU; dan

Kelima: Membina sebuah pusat intervensi bagi menangani golongan tuna wisma dan gelandangan dengan menyediakan peluang pekerjaan, kemudahan perumahan dan kaunseling.

---------------------------------------------------------------------

Ulasan Penulis:-

Masyarakat Warga Orang Pekak merakamkan jutaan Terima Kasih kepada Kerajaan Malaysia terutama YAB Perdana Menteri Malaysia sebab YAB DS Najib sungguh prihatin memahami keperluan OKU.

YAB DS Najib merupakan pemimpin kedua mengumumkan pengecualian duti eksasis 100% ke atas kenderaan nasional utk OKU {Cacat Kaki/Tangan dan Cacat Pendengaran} semasa membentangkan Bajet 2011 pada 15 Oktober 2010 selepas YABhg Tun Mahathir mantan Perdana Menteri buat pertama kali membuat pengumuman pengecualian duti eksasis 50% ke atas kenderaan nasional utk OKU Cacat Kaki/Tangan pada tahun 2000 lalu.

---------------------------------------------------------------------

Bagaimana menempah kereta nasional dengan pengecualian duti eksasis 100% utk OKU?

-> sila dapatkan borang permohonan duti eksasis 100% utk OKU kaki/tangan dan Pendengaran di Bahagian Analisi Cukai, Kementerian Kewangan Malaysia beribupejabat di Putrajaya sepertimana direktori pegawai MoF di http://202.71.104.16/mof_contact/listcontact.php?id_bhgn=2

Selasa, 21 September 2010

Kejuaraan Bulutangkis Tuna Rungu Asia Pasifik 2010

Laman Web Kementerian Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia 4 Mac 2010

Tuan Rumah Kejuaraan Bulutangkis Tuna Rungu Asia Pasifik

Jakarta: Sesuai hasil kongres ke 8 APDSC (Asia Pacific Deaf Sports Confederation/ Konfederasi Olah Raga Tuna Rungu se-Asia Pasifik) bulan Desember tahun 2008 di Phnom Phen, Kamboja, Indonesia mendapat kehormatan untuk menjadi penyelenggara dan tuan rumah Asia Pacific Deaf Badminton Championship (Kejuaraan Bulutangkis Tuna Rungu Asia Pasifik) yang ketiga. APDSC rencananya digelar di Samarinda, Kalimantan Timur, tanggal 2 s/d 9 November 2010, diikuti 30 negara di kawasan Asia Pasifik. Karena itu Perhimpunan Olah Raga Tuna Rungu Indonesia (PORTURIN) hari Kamis (4/3) sore berkunjung ke Kemenpora dan diterima oleh Sekretaris Kemenpora Wafid Muharam, di ruang kerjanya.

PORTURIN yang diwakili oleh Ketua Umum Harpalis Alwi dan Sekretaris Adriana Angela Brigita, Pembantu Umum Eri Alwi dan Dovar Poerwanto melaporkan rencana kerja tahun 2010 sekaligus meminta dukungan Kemenpora untuk penyelenggaraan Asia Pasific Deaf Badminton Championship yang ketiga. Menurut Harpalis, kegiatan ini telah mendapat dukungan dari Kementerian Kebudayaan dan Pariwisata, Gubernur Kalimantan Timur dan Dinas Pemuda dan Olahraga Kaltim. Diharapkan Kemenpora juga mendukung, antara lain dalam hal pendanaan dan pendampingan.

Wafid Muharam mewakili Menpora menyatakan, pemerintah pasti akan mendukung rencana tersebut karena sama-sama merupakan kegiatan yang memberdayakan warga negara Indonesia. "Tuna rungu pun akan mampu berprestasi membawa nama baik bangsa Indonesia, dan juga menunjukkan bahwa bulu tangkis olahraga andalan Indonesia masih berjaya," kata Sesmen. (rin)

**************************************************************

Penulis menatsirkan :-

Bahasa Indonesia - Bahasa Malaysia

1) Perhimpunan Olahraga Tuna Rungu Indonesia - Persatuan Sukan Pekak Indonesia
2) Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia - Kementerian Belia dan Sukan Indonesia
3) Konfederasi Olahraga Tuna Rungu Se-Asia Pasifik - Konfederasi Sukan Pekak Asia Pasifik

Isnin, 13 September 2010

Program APDSC 2010

Salam Pembaca yang dihormati,

Penulis merakamkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 2010 kepada pembaca beragama Islam.

Kalendar Sukan Pekak Antarabangsa 2010 & 2011 yang dipaparkan di laman ICSD [http://www.deaflympics.com/games/calendar.asp]

3 buah Program APDSC 2010:-

1) Kejohanan Badminton APDSC edisi kali-3 akan diadakan di Samarinda, Indonesia pada 5 hingga 11 November 2010 selepas Kuala Lumpur 2002 dan New Delhi 2006.

2) Kejohanan Futsal APDSC buat pertama kali ditandingkan di Singapura pada 21 hingga 24 November 2010 setelah Singapura biasa menganjurkan futsal komuniti pekak singapura yg disertai oleh pemain Pekak Malaysia dan Negara Thai.

3) Kejohanan Boling Tenpin APDSC edisi kali-3 akan dilangsungkan di Quezon, Filipina pada 30 Nov hingga 7 Dec 2010 selepas Korea pernah menjayakan program ini di pulau jeja 2002 dan 2007.

Rakyat Malaysia berdoa semoga atlet Pekak Malaysia mesti berjuang membawa pingat tanpa warna dari 3 kejohanan tersebut. MSDeaf diharapkan mengeluarkan wira-wira Pekak berwibawa.

Sekiranya atlet Pekak Malaysia berjaya membawa pingat Asia Pasifik, layak mengambil bahagian di kejohanan Dunia seperti di bawah:-

a) Kejohanan Badminton ICSD ke-3 Bucheon, Korea 28 Mei - 4 Jun 2011

b) Kejohanan Boling Tenpin ICSD ke-2 Buenos Aires, Argentina 23 Ogos - 3 Sept 2011 laman kejohanan [http://deafbowling2011.com/Bowling2011.noticias.eng.html]

c) Kejohanan Futsal ICSD ke-3 Örebro, Sweden 18 - 26 Nov 2011 laman kejohanan [http://deaf-futsal2011.com/wordpress/?lang=en]

Selamat Melayari Laman Kejohanan Sukan Pekak Antarabangsa..

Sabtu, 15 Mei 2010

Sukan Deaflympics Musim Sejuk Slovakia 2011 dibatalkan


Masyarakat Warga Pekak Dunia pasti terkejut dengan notis pengumuman ICSD bertarikh 11 Mei 2010 tentang Sukan Deaflympics Musim Sejuk Slovakia 2011 dibatalkan.

Sebelum ini, memori penulis masih segar tentang Sukan Pekak terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab sepertimana berikut di bawah:-

1) Melaka telah menarik diri dari tuanrumah SKOP (sekarang SOPMA) Melaka 1991. Shima WP (sekarang KLSD) bergegas mengambil tempat tuan rumah SKOP 1991. Tahniah Shima WP berjaya menganjurkan SKOP Shah Alam 1991. Jangan salahkan Melaka sebab Melaka belum ada Persatuan Orang Pekak Melaka dulu.

2) Kuwait tuanrumah Sukan Orang Pekak Asia Pasifik 2004 telah menarik diri.

3) Kuwait juga tuanrumah Sukan Orang Pekak Asia Pasifik 2008 telah dibatalkan oleh Presiden & AJK APDSC kerana Kerajaan Kuwait tidak boleh menandatangani perjanjian tuanrumah APGD 2008 dengan APDSC dalam masa daurat. Rasional Kerajaan Kuwait enggan membayar denda jika Kuwait gagal jadi tuanrumah APGD 2008. Simpati Kuwait digantung dari Ahli Gabungan ICSD/APDSC.

Cadangan Kebaikan Tuanrumah Sukan Pekak masa depan:-

a) tuanrumah sukan Pekak ingin merebut hak penganjurannya diwajibkan mendapat surat kebenaran/sokongan/kelulusan daripada Kerajaan terlebih dahulu sebelum menghantar surat bidaan sukan Pekak kepada Pemegang hak penganjurannya.

b) tuanrumah sukan Pekak arif dalam semua bidang melibatkan kepimpinan, pentadbiran, perancangan, kewangan, latihan, dan sebagainya.

c) tuanrumah sukan Pekak wajib mencontohi Taiwan berjaya menganjurkan Sukan Deaflympics Musim Panas 2009.

Ini harapan warga Pekak Dunia......

Isnin, 26 April 2010

Perniagaan OKU dialibaba

SAYA insan yang kurang upaya dan sudah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang. Pada awal 2008, dengan bantuan seorang yang berpengaruh, saya memohon bantuan di bawah skim bantuan galakan perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) di bawah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pahang.

Permohonan saya diluluskan pada 11 Ogos 2008. Nilai bantuan RM100,000 dalam bentuk barangan. Bagaimanapun, saya hanya dapat menguruskan perniagaan saya kira-kira setahun lebih saja.

Tanpa pengetahuan saya, daftar perniagaan saya dipindah tanpa persetujuan saya. Saya rasa amat terkilan dengan nasib yang menimpa. Tambahan saya tidak mampu untuk bekerja bagi menampung keluarga saya. Saya cuba mencari puncanya dan akhirnya saya dapat tahu yang perniagaan saya itu sudah ‘dialibabakan’ oleh orang yang menguruskan permohonan saya yang juga mempunyai tiga perniagaan yang sama dengan perniagaan saya.

Saya ada cukup bukti kerana ia membabitkan orang atasan. Di sini saya berharap agar jabatan yang terbabit dengan bantuan ini dapat bertindak segera, kerana ia membabitkan peruntukan yang besar untuk orang kurang upaya, supaya OKU tidak diperlekehkan pada masa akan datang.

Saya ingin tahu, apakah tindakan yang boleh diambil terhadap orang yang ‘meng-alibabakan’ OKU.

OKUCCB8981, Kuantan
.

Sumber: Berita Harian Online - Surat 26 April 2010

Sabtu, 24 April 2010

Budak Melayu bermata biru adalah anak ibubapa Pekak Kedah

AHMAD Mustafa bersama cucunya, Mohd. Aizat Aiman Mohd. Rizal yang dilahirkan aneh dengan matanya berwarna kebiruan walaupun tiada darah kacukan di Kampung Teluk Amboi, Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah, kelmarin. - utusan/ OPAT RATTANACHOT


SUNGAI PETANI 23 April - Kampung Teluk Amboi, Pulau Sayak, Kota Kuala Muda dekat sini menjadi tumpuan penduduk sejak beberapa hari lalu gara-gara seorang kanak-kanak lelaki Melayu bermata biru.

Kanak-kanak tersebut, Mohd. Aizat Aiman Mohd. Rizal, berusia 1 tahun 4 bulan menjadi tumpuan ramai kerana warna matanya berbeza dengan kebanyakan masyarakat negara ini yang rata-rata hitam atau perang.

Datuk kepada Mohd. Aizat Aiman, Ahmad Mustafa, 62, memberitahu, kejadian pelik itu berlaku selepas beberapa bulan cucunya dilahirkan.

"Semasa dilahirkan, matanya berwarna hitam macam kebanyakan kita. Namun, selepas beberapa bulan ia berubah warna menjadi biru dan berkilauan.

"Kami sekeluarga hairan kerana tidak mempunyai darah kacukan orang barat ataupun Asia Barat," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Ahmad berkata, keluarganya pernah membawa Mohd. Aizat Aiman menjalani pemeriksaan di beberapa hospital di Sungai Petani dan Pulau Pinang.

Namun, katanya, doktor mengesahkan mata Mohd. Aizat Aiman itu tidak mengalami sebarang masalah dan boleh melihat seperti kanak-kanak biasa.

Ditanya tentang kejadian aneh sebelum Mohd. Aizat Aiman dilahirkan, Ahmad berkata, semasa mengandung, ibu kanak-kanak itu, Noraini Ahmad, 31, dikatakan gemar bermain dengan seekor kucing peliharaan mereka yang bermata biru.

"Noraini suka membersihkan mata kucing itu kerana tertarik dengan warnanya yang kebiruan. Orang tua-tua kata, mungkin kejadian mata biru Mohd. Aizat Aiman ada kaitan dengan kenan kucing," ujarnya.

Bekas nelayan itu berkata, Mohd. Aizat Aiman itu juga mungkin mewarisi ciri-ciri bapanya, Mohd. Rizal Mohamad, 34, yang mata kanannya sedikit kebiruan tetapi tidak ketara.

"Noraini dan Mohd. Rizal merupakan insan istimewa kerana mereka berdua bisu dan mempunyai masalah pendengaran. Mereka bekerja sebagai operator kilang di Seberang Perai dan hanya pulang ke kampung dua minggu sekali," katanya.

Tambahnya, dia bagaimanapun berasa bimbang dengan masa depan Mohd. Aizat Aiman yang mungkin mewarisi kecacatan ibu bapanya yang tidak boleh mendengar.

"Doktor memaklumkan bahawa cucu saya ini disyaki mengalami masalah pendengaran dan perlu menjalani pemeriksaan dua bulan sekali di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani," katanya.

Ahmad bagaimanapun berharap, cucunya itu dapat menjalani kehidupan seperti insan normal.

"Dia seorang yang aktif dan sering menarik perhatian ramai kerana ciri anehnya yang bermata biru. Kini, dia juga mula petah bersuara walaupun setakat ini tidak dapat pastikan sama ada dia boleh bercakap atau tidak dalam beberapa tahun lagi. Kami doakan agar dia mempunyai sifat sempurna seperti orang lain," katanya.

Sumber: Utusan Online 24 April 2010 / 10 Jamadil Awal 1431

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Bapa anak budak melayu bermata biru yg penulis kenal. Dia punya FB di http://www.facebook.com/profile.php?id=695698658&ref=mf

Khamis, 28 Januari 2010

Pertandingan Abilimpik Kebangsaan 2010 anjuran MCR

Ada kemahiran? Mari menyertai pertandingan Abilympics 2010 seperti risalah yang dilampiran bersama [http://www.scribd.com/doc/25914729/Risalah-Mcr-Abilimpik-Keb-2010].

Risalah Mcr Abilimpik Keb 2010

Sila maklumkan kepada rakan2 Pekak yang ingin menunjukkan kemahiran.

Jangan lupa hantar borang penyertaan kepada MFD dan tarikh akan dimaklumkan.

Sekian, terima kasih

Setiausaha MFD Kebangsaan

Sumber: Emel dia yang penulis terima kelmarin.

Ahad, 27 Disember 2009

Suami-Isteri setia kepada Badan Warga Pekak


Komitmen suami-isteri masih/pernah berkhidmat di Badan-Badan Warga Pekak iaitu NGO Pekak dan Institut Pekak.

1] Abdul Azim Khor{AJK MFD Pulau Pinang}-Siti Zubaidah {Jurubahasa Isyarat} (PEN)

2] Ahmad Zainurin {Mantan Setiausaha POCPS}-Siti Mahnun {Timbalan Presiden POPCS} (SEL)

3] Amir Hamidi {Presiden PSD}-Eamienor Zakiah {Penolong Setiausaha PSD} (PRK)

4] Aqlam Jafri {Presiden MFD Kuala Lumpur}-Hafidah {Jurubahasa Isyarat}(KUL)

5] Jimmy Cham {mantan AJK KDA}-Jasmine Chou {mantan Penolong Setiausaha KDA} (KED)

6] Lim Heng Tuck {Presiden KDA}-Chong Chooi Chu {Penolong Setiausaha KDA}(KED)

7] Mohd Satar {mantan Jurubahasa Isyarat Berita TV1}-Norhafiza {mantan Jurubahasa Isyarat Berita TV1} (KUL)

8] Ong Shin Ruenn {Timbalan Presiden PSD}-Soon Yeok Voon {Bendahari PSD} (PRK)

9] Razani {Presiden MFD Kelantan}-Noor Hasekeen {Jurubahasa Isyarat}(KEL)

10] Allahyarham Syed Zainal Rasidi {mantan penasihat PSD}-Siti Khadijah {mantan setiausaha
PSD} (PRK)

11] Tan Kim Huat {Bendahari MSFD}-Josephine Koo {Staf PMY} (KUL)

12] Tengku Arman Harris {Presiden MFD Terengganu}-Azizah {Mantan Bendahari MFD Terengganu} (TER)

13] Yeoh Hooi Chea {Timbalan Presiden KDA}-Suntri Ah Kooi {AJK KDA}(KED)

14] Mendiang Yip Kok Choong {Penyumbang PMY}-Lucy Lim {jurubahasa isyarat} (KUL)

Anugerah Sepasang Suami-Isteri lama berkhidmat kepada Komuniti Warga Pekak ialah Lim Heng Tuck-Chong Chooi Chu masih setia kepada KDA selama lebih 20 tahun

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Maafkan penulis tidak dapat kumpulkan data sebenar.

Ahad, 15 November 2009

Pelajar Pekak Terima Anugerah Canselor Universiti Terbuka Malaysia



KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ternyata pekak bukan penghalang kejayaan bagi Teh Cheang Hock yang hari ini menerima Anugerah Canselor sebagai pelajar terbaik pada konvokesyen ketujuh Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Menurut pelajar ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat berumur 42 tahun itu yang kini berkhidmat sebagai pembantu tadbir di Pulau Pinang, walaupun dilahirkan sebagai individu pekak, namun bagi dirinya itu bukan alasan untuk merendah diri dan menguburkan impian untuk berjaya seperti insan normal lain.

"Saya mempunyai cara pembelajaran saya tersendiri untuk mengikuti kelas yang dihadiri. Memandangkan saya tidak boleh mendengar apa yang diajar pensyarah, saya mengharapkan nota penting yang disalin rakan-rakan untuk mengulang kaji pelajaran," katanya dalam teks temu bualnya dengan OUM yang diedarkan oleh universiti itu kepada media pada majlis itu di sini.

Sementara itu, Chan Oy Leng, 30, yang juga pelajar ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat menerima Anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA).

Lebih 6,000 graduan menerima ijazah sarjana, sarjana muda dan diploma daripada Canselor OUM, Tun Jeanne Abdullah, pada majlis konvokesyen yang akan berlangsung selama lima hari di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Hock berkata beliau tidak mempunyai pilihan lain selain membaca dan terus membaca, serta menjadikan matanya sebagai telinga untuk memahami setiap yang diajarkan pensyarah.

"Secara jujurnya saya tidak mempunyai sebarang formula untuk berjaya. Hanya ketekunan, disiplin diri dan semangat untuk berjaya menjadi resipi kejayaan saya," katanya.

Hock turut menasihati individu yang senasib sepertinya agar bersedia berkorban masa rehat dan masa lapang mereka serta bersedia untuk mengharungi cabaran besar untuk meraih kejayaan.

Pada majlis itu, Jeanne turut menganugerahkan ijazah kehormat kedoktoran pendidikan kepada Sir John Daniel, warga British dan Kanada, yang merupakan seorang daripada empat penerima anugerah kehormat itu.

Beliau dianugerahkan gelaran "Sir" oleh Ratu Elizabeth pada tahun 1994 atas sumbangannya menjadi peneraju dalam pembangunan pembelajaran jarak jauh di peringkat antarabangsa.

Sumber: BERNAMA English/Malay, UTUSAN MALAYSIA ONLINE, BERNAMA FOTOWEB, NST ONLINE, BERITA HARIAN ONLINE

###################

Penulis telah menghantar mesej berSMS mengatakan "Tahniah yang sy ucapkan kat anda berjaya dpt Bachelor IT" kepada Legend SOPMA Thomas Teh Cheang Hock semalam.

Rabu, 21 Oktober 2009

Gadis pura-pura bisu

SEORANG gadis berpura-pura bisu 'menipu' pelanggan dengan menjual barang pada harga antara RM10 hingga RM12 setiap unit.

Helah peniaga melariskan produk buatan China di Miri

MIRI: Guna gadis muda, tetapi pura-pura bisu.

Helah inilah yang digunakan peniaga untuk melariskan produk buatan China di sekitar bandar raya Miri, utara Sarawak, untuk menarik simpati orang ramai.

Gadis muda itu diarah mencari pelanggan di setiap premis makanan di sekitar bandar raya dengan membawa tanda harga barang antara RM10 dan RM12 setiap unit.

Barang dijual antaranya anak patung, pen, laser dan pelbagai hasil kraf tangan buatan luar negara yang sebenarnya boleh didapati dengan harga lebih murah di premis perniagaan sedia ada di bandar raya Miri.

Bagi pembeli faktor harga bukannya menjadi masalah kerana rasa ‘simpati’ mendorong mereka membeli produk dijual ‘gadis bisu’ itu walaupun mereka sedar barang dibeli bukan keperluan.

Tanpa disedari, naluri belas kasihan pembeli itu sebenarnya menggalakkan lagi eksploitasi lebih ramai gadis muda dari kawasan luar bandar untuk mencari pekerjaan di bandar atau gadis warga asing ke negeri ini tanpa menyedari dipaksa menjadi penjual jalanan.

Tinjauan Berita Harian mendapati antara kawasan sering menjadi tumpuan mereka di tengah pusat bandar raya seperti di kawasan tebingan Sungai Miri dan gerai makanan berhampiran kawasan hotel yang menjadi tumpuan ramai.

Gadis dipercayai berusia belasan tahun itu memulakan perniagaan produk dibawa menggunakan beg galas kecil tanpa segan mendekati pelanggan yang menjamu selera gerai makanan.

Sejurus menghampiri pelanggan, mereka segera berinteraksi menggunakan isyarat tangan sambil menunjukkan harga barang dijual.

Selain tanda harga yang dijual turut tertera pada tanda harga barang yang dibawa gadis itu ialah perkataan handcraf products of deaf .

Sedangkan barang mereka jual, seperti mainan laser secara jelas bukan hasil kraf tangan golongan kurang bernasib baik itu.

Seorang daripada gadis tempatan Fiza, 16, yang pernah menjadi penjual jalanan itu mendedahkan mereka tidak dibenarkan bercakap atau berinteraksi terlalu lama dengan pelanggan, untuk mengelak rahsia terbongkar.

“Sebenarnya, saya tidak bisu… tapi tidak dibenarkan bercakap kerana ia satu cara untuk menarik simpati pembeli. Kami hanya diminta berurusan menggunakan bahasa isyarat. Kami hanya perlu tunjukkan tanda harga, pembeli akan faham. Adalah perlu bagi kami pura-pura bisu supaya dapat meyakinkan pelanggan membeli barang yang dibekalkan ejen kami.

“Semua hasil jualan akan diberikan kepada ejen kami dan kami akan diberi sedikit keuntungan berdasarkan jualan pada hari berkenaan,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau yang mengakui terdesak mendapatkan pekerjaan untuk menampung perbelanjaan harian ketika itu berkata, sekarang bukan saja gadis tempatan menjadi penjual barang berkenaan, malah gadis asing semakin ramai.

“Kerja ini mudah, asalkan tidak malu untuk berjumpa pelanggan. Kita tak perlu cakap. Bagi gadis asing ia agak mudah kerana ramai mereka tidak fasih dialek tempatan.

“Tunjukkan tanda harga… orang akan faham sama ada ingin membelinya atau tidak,” katanya dan menambah daripada 20 pelanggan seorang daripada mereka pasti membeli produk yang dijual.

Katanya, penginapan dan kos makanan seharian mereka turut dibiayai ejen yang membekalkan produk yang dijual.

“Biasanya, kami duduk di hotel berdekatan pusat bandar bagi memudahkan mencari pelanggan. Setiap bilik hotel dikongsi beberapa orang. Kos penginapan dibayar ejen dan kemudian kos berkenaan ditolak daripada harga barang dijual pada hari berkenaan,” katanya.

Sementara itu seorang pemilik premis makanan di Tebingan Miri, Rosmah Suhib, 48, berkata, setiap hari beberapa gadis muda pura-pura bisu datang menjual pelbagai barang kepada pelanggan di situ.

“Dulu hanya beberapa gadis yang sering kelihatan melakukan kerja berkenaan terutama pada sebelah malam antara jam 9 pagi hingga 12 malam. Sekarang jumlah mereka semakin ramai, tetapi ramai antara mereka ialah muka baru,” katanya.

Beliau berkata, agak ramai juga pelanggan membeli barang dijual gadis bisu itu.

“Sekarang bukan saja gadis bisu yang jual barang secara terus kepada pelanggan sedang menjamu, malah semakin ramai wanita asing menjalankan aktiviti sama termasuk menjual cakera padat cetak rompak,” katanya.

Sumber: Berita Harian Online oleh Kandau Sidi [kandausidi@bharian.com.my]

-------------------------------@@@@-------------------------------

Penulis berterima kasih kepada Spance Soo & Idayu Sofni atas makluman ini.

Rakyat Warga Pekak Malaysia really marah sebab NGO Pekak Negeri-Negeri tidak pernah mengambil tindakan...

NGO Pekak Negeri-Negeri harus menjaga kepentingan Warga Pekak setiap negeri.

Selasa, 13 Oktober 2009

Keluarga lelaki pekak, lumpuh rayu bantuan

Abdul Razak Ahmad yang dijaga ibunya, Che Intan Abdul Gani (kanan) hanya mengharapkan simpati daripada orang ramai bagi perbelanjaan harian. - UTUSAN/ismail kamadin

ALOR SETAR 7 Okt. - Seorang wanita dari Kampung Ulu, Kuala Kedah di sini merayu simpati orang ramai untuk membantu keluarganya menampung kos perbelanjaan mengurus penjagaan adiknya yang terlantar sakit sejak tiga bulan lalu.

Zabariah Ahmad, 47, berkata, keluarganya memerlukan kira-kira RM500 sebulan bagi membeli keperluan penjagaan adiknya itu, Abdul Razak Ahmad, 37, terutama bagi menguruskan perbelanjaan membeli roti, susu dan lampin pakai buang.

Abdul Razak yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) kerana pekak, hampir lumpuh anggota badan selepas terjatuh ketika bekerja di Sungai Petani, dekat sini pada 8 Jun lalu.

Sejak itu, mangsa yang masih bujang terlantar di atas katil dengan memerlukan penjagaan rapi kerana tidak mampu bergerak.

Menurut Zabariah, adiknya itu yang berkerja sebagai pengimpal besi sebelum ini menjadi sandaran untuk menyara ibu mereka, Che Intan Abd. Ghani, 65, yang tinggal bersama dua lagi ahli keluarganya di kampung berkenaan.

Kedua-dua ahli keluarga mereka itu yang masing-masing berusia 48 tahun dan 28 tahun juga pekak dan hanya berupaya berkerja sebagai nelayan dengan pendapatan yang tidak menentu.

Katanya, keadaan yang menimpa Abdul Razak memeritkan ahli keluarga mereka memandangkan kos untuk menampung perbelanjaan mengurus penjagaannya selain keperluan harian meningkat mendadak.

"Kami adik beradik yang lain hanya mampu membantu sekadar yang termampu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Zabariah yang telah berkeluarga dan menetap di Taman wira Mergong, di sini memberitahu, mereka buntu untuk mencari sumber kewangan yang mencukupi bagi menguruskan penjagaan Abdul Razak.

Sementara itu, wakil Persatuan Orang Pekak Malaysia, Suriati Mohd. Syukur yang melawat keluarga Abdul Razak berharap mana-mana pihak yang bersimpati agar sedia menghulurkan sumbangan kepada keluarga tersebut.

Katanya, keprihatinan orang ramai mampu membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Abdul Razak.

Mana-mana pihak yang ingin membantu keluarga tersebut boleh berkunjung ke rumah mereka di alamat 115 Lorong 8, Kampung Ulu, Kuala Kedah.

Orang ramai juga boleh menghubung talian 017-5944606 atau 04-7312934 atau menghulurkan sumbangan wang tunai menerusi akaun Bank Simpanan Nasional 0210029000339571.

Sumber: Utusan Malaysia Online 8 Oktober 2009

*************************************************
Penulis baru-baru ini difahamkan oleh kawan baik penulis dari Sg Buloh di apartment terbuka kawan lama baik penulis, Bukit Beruntung Sabtu lalu.