Jumaat, 18 September 2009

3 orang Atlet Elite Pekak Negara kita berhak diberi layanan sama-rata setaraf dengan Datuk Lee Chong Wei


Thomas Teh (Pulau Pinang) merupakan seorang anak kepada bapa Teh Kew San mengetuai pasukan badminton Malaysia berjaya membawa Piala Thomas Jakarta 1967. Thomas Teh pernah mengumpul 6 pingat PERAK Deaflympics Sofia 1993, Rome 2001 dan Taipei 2009. Thomas Teh pernah meraih 1 pingat EMAS SUKAN MALAYSIA (SUKMA).

Zaidi Awang (Kelantan) merupakan seorang pemain boling tenpin berpotensi dicungkil oleh MTBC sepertimana berita laman MTBC. Beliau pernah mengutip pingat SUKMA. Beliau pernah dipinggirkan oleh Jurulatih MSN-MTBC sebab masalah komunikasi. Beliau pernah mengambil cabaran dalam acara Boling Tenpin Deaflympics Rome 2001, Melbourne 2005 & Taipei 2009. Beliau meraih pingat EMAS Men Single & Men Master Kejohanan Boling Tenpin Pekak Asia Pasifik Korea 2002 & 2007.


John Yeo (Melaka) merupakan seorang pemain badminton beregu lelaki bersama Thomas Teh pernah membawa satu Pingat EMAS Beregu Lelaki Kejohanan Badminton Pekak Dunia ke-2 Jerman 2007.

Pencapaian Atlet Elite Pekak Malaysia di Deaflympics Taipei 2009:-

Thomas Teh - Badminton - Peseorangan Lelaki - Tempat ke-4

Thomas Teh/John Yeo - Badminton - Beregu Lelaki - Pingat PERAK

Md Zaidi - Boling Tenpin - Individu - Pingat GANGSA

Md Zaidi - Boling Tenpin - Men Master - Tempat ke-4

Rakyat Pekak Negara kita mengharapkan Kerajaan Malaysia memberi layanan sama-rata kepada semua Atlet negara kita termasuk Warga Pekak menaikkan Jalur Gemilang dengan membawa Pingat Sukan Antarabangsa iaitu Sukan Olimpik, Sukan Paralimpik dan Sukan Deaflympics.

21st Summer Deaflympics Closing Ceremony, Taipei 15 Sept 2009

Closing Ceremony (Edited Version)



News: A Fantastically Flaming Farewell

Sumber:

21st Summer Deaflympics Opening Ceremony, Taipei 5 Sept 2009

Taipei 2009 – Opening Ceremony



News: An Amazing Ceremony

Sumber:

Rabu, 16 September 2009

2009 Summer Deaflympics Medal Table [1-40]




Alhamdulillah.. Malaysia berjaya meraih 2 pingat Deaflympics Taipei 2009 setaraf dengan Olympic & Paralympic Beijing 2008.

Malaysia telah membuktikan kebolehan Atlet Elite termasuk OKU & Orang Pekak membawa 4 pingat Sukan Tertinggi iaitu Datuk Lee Chong Wei (Silver Badminton Men Single Olympic), Thomas Teh/John Yeo (Silver Badminton Men Double Deaflympics), Zaidi Awang (Bronze Bowling Men Single Deaflympics) dan Siow Lee Chan (Bronze Powerlifting Women 56 kg Paralympic).

Sumber: 2009 Summer Deaflympics Medal Table, 2008 Summer Olympic Medal Table, 2008 Summer Paralympic Medal Table

2009 Summer Deaflympics Medal Table [41-80]




25 negara gagal mengutip pingat Deaflympics Taipei 2009 termasuk Indonesia, Singapore dan Thailand.

Sabtu, 12 September 2009

Pertandingan Suku Akhir Badminton Deaflympics Taipei 2009




Sumber: Jadual Pertandingan Badminton Perseorangan Lelaki & Wanita

Zaidi Awang - 3rd ALL MEN-EVENTS DEAFLYMPICS TAIPEI 2009


16 orang pemain Pekak boling tenpin 'hero' (3 KOR, 3 TPE, 2 JPN, 2 GRE, 2 USA, 1 MAS, 1 KSA, 1 NED, 1 FIN) layak ke pertandingan Men Master Deaflympics Taipei 2009 pada 13 Sept 2009 setelah melepasi pertandingan All Men-Events (singles, doubles, trios & team) selama 3 hari.

Rakyat Pekak Malaysia mendoakan Zaidi Awang dapat mengutip pingat Men Master Deaflympics Taipei 2009 lagi.

Kerajaan KELANTAN pasti bangga dengan Zaidi anak jati Kelantan.

Sumber: 16 orang pemain lelaki layak ke Men Master

NOTIS RALAT 15 Sept 2009:- Pembetulan 6 orang layak iaitu AN Seongjo (1989) KOR, CHOI Taein (1976) KOR, DOBLMEIER Raimondas (1987) USA, HALAS George Brian(1966) CAN, WENG Chung Ming (1972) TPE, CHIU Ching Ling (1968) TPE. Oleh ini nama 6 orang dalam post ini tidak disahkan iaitu ALROMAIH Fahad Mohammed (1979) KSA, KIM Younho (1971) KOR, LOPPINEN Markku (1961) FIN, KATSAGANIS Konstantinos (1970) GRE, STOGRYN Darrell Dean(1954) USA, FUJIOKA Hiroaki (1957) JPN. Kesilapan nama tidak sah dikesali sebab masalah teknikal laman bowling Deaflympics Taipei 2009.

Ahad, 6 September 2009

12 orang pemain badminton hero layak ke Taipei 2009


Penulis membuat ramalan -

8 orang mampu layak ke Suku Akhir Perseorangan Lelaki Acara Badminton Deaflympics Taipei 2009 ialah BAGGA Rajeev GBR; ANDERSEN Jannich DEN; Bhaker Rohit IND; DOVYDAITIS Tomas LTU; TEH Cheang Hock MAS; UNSOMSRI Nattachai THAI; HERMAWAN Aditya INA dan Pemain Misteri CHINA

Rakyat Pekak Malaysia selalu berdoa semoga Thomas Teh berusaha mengutip pingat Deaflympics 2009 tidak kira warna sambil menaikkan JALUR GEMILANG ke arah 1 MALAYSIA

Selamat BERJAYA

Sumber: ICSD Badminton Ranking Points