Isnin, 15 November 2010

Kejohanan Badminton Pekak Asia Pasifik Indonesia 2010


Keputusannya dipaparkan di laman web Tournament Software [http://www.tournamentsoftware.com/sport/tournament.aspx?id=A694F873-70E7-43E5-AC44-C85F0330D1D3]

Juara Peseorangan Lelaki: Woo Jisoo (Korea Selatan)

Juara Peseorangan Wanita: Fan Jung-Yu (Taiwan)

Juara Beregu Lelaki: Shin Kyungduk/Sin Hyunwoo (Korea Selatan)

Juara Beregu Wanita: Chihiro Shinada/Tomoko Nakai (Jepun)

Juara Beregu Campuran: Sin Hyunwoo/Yu Eunkyung (Korea Selatan)

Juara Acara Berpasukan: KOREA SELATAN

*******************************************************************

Laporan Majlis Pembukaan Kejohanan Badminton Pekak Asia Pasifik Indonesia 2010 dipaparkan di blog Jauhar Efendi [http://www.jauharefendi.web.id/tag/asia-pacific-deaf-badminton-championsip]

Edy Susanto: Wakil Indonesia di Final Kejuaraan Bulu Tangkis Tunarungu Asia Pasifik dalam Laman Indonesia Berprestasi [http://www.indonesiaberprestasi.web.id/2010/11/edy-susanto-wakil-indonesia-di-final-kejuaraan-bulu-tangkis-tunarungu-asia-pasifik/]

Kejuaraan bulutangkis tuna runggu dalam laman bulutangkis.com [http://www.bulutangkis.com/mod.php?mod=diskusi&op=viewdisk&did=6807&PHPSESSID=6c0631de23bf1ceb8e3fb1cea8d5180d]

Kejuaraan Bulutangkis Tuna Rungu Asia Pasifik Sepi Peserta dalam laman Tempointeraktif.com [http://www.tempointeraktif.com/hg/raket/2010/11/08/brk,20101108-290240,id.html]

Indonesia Gagal di Kejuaraan Bulutangkis Tuna Rungu Asia Pasifik dalam laman Tempointeraktif.com [http://www.tempointeraktif.com/hg/olahraga_lain/2010/11/10/brk,20101110-291036,id.html]

Ahad, 24 Oktober 2010

Bajet 2011 - Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik

Salam pembaca yang dihormati,

sila membaca petikan ucapan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak - Bajet 2011: Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik sepertimana dipaparkan di laman Kementerian Kewangan Malaysia:- Teks Ucapan Bajet 2011 [http://www.treasury.gov.my/bajet2011/data/ucapan/ub11.pdf] dan Lampiran [http://www.treasury.gov.my/bajet2011/data/ucapan/lampiran11.pdf]

---------------------------------------------------------------------
Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik

81. Ternyata, kerajaan menjiwai keluh kesah dan kesukaran hidup yang dihadapi oleh golongan kurang bernasib baik. Tumpuan akan terus diberikan untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara. Bagi tahun 2011, kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjalankan pelbagai program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan. Antara program dan insentif yang disediakan:

Pertama: Program bantuan kebajikan warga emas dengan peruntukan RM166 juta untuk mengatasi masalah golongan ini yang dijangka meningkat melebihi 15 peratus daripada jumlah penduduk negara menjelang 2030;

Kedua: Program bantuan kanak-kanak dengan peruntukan RM121 juta disediakan bagi membolehkan mereka menerima perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal yang berkualiti. Program ini akan memanfaatkan seramai 97,000 kanak-kanak;

Ketiga: Program bantuan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM218 juta akan dimanfaatkan oleh 80,000 OKU;
Keempat: Pengecualian duti eksais dinaikkan daripada 50 peratus kepada 100 peratus ke atas sebuah kenderaan nasional yang dibeli oleh OKU; dan

Kelima: Membina sebuah pusat intervensi bagi menangani golongan tuna wisma dan gelandangan dengan menyediakan peluang pekerjaan, kemudahan perumahan dan kaunseling.

---------------------------------------------------------------------

Ulasan Penulis:-

Masyarakat Warga Orang Pekak merakamkan jutaan Terima Kasih kepada Kerajaan Malaysia terutama YAB Perdana Menteri Malaysia sebab YAB DS Najib sungguh prihatin memahami keperluan OKU.

YAB DS Najib merupakan pemimpin kedua mengumumkan pengecualian duti eksasis 100% ke atas kenderaan nasional utk OKU {Cacat Kaki/Tangan dan Cacat Pendengaran} semasa membentangkan Bajet 2011 pada 15 Oktober 2010 selepas YABhg Tun Mahathir mantan Perdana Menteri buat pertama kali membuat pengumuman pengecualian duti eksasis 50% ke atas kenderaan nasional utk OKU Cacat Kaki/Tangan pada tahun 2000 lalu.

---------------------------------------------------------------------

Bagaimana menempah kereta nasional dengan pengecualian duti eksasis 100% utk OKU?

-> sila dapatkan borang permohonan duti eksasis 100% utk OKU kaki/tangan dan Pendengaran di Bahagian Analisi Cukai, Kementerian Kewangan Malaysia beribupejabat di Putrajaya sepertimana direktori pegawai MoF di http://202.71.104.16/mof_contact/listcontact.php?id_bhgn=2

Selasa, 21 September 2010

Kejuaraan Bulutangkis Tuna Rungu Asia Pasifik 2010

Laman Web Kementerian Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia 4 Mac 2010

Tuan Rumah Kejuaraan Bulutangkis Tuna Rungu Asia Pasifik

Jakarta: Sesuai hasil kongres ke 8 APDSC (Asia Pacific Deaf Sports Confederation/ Konfederasi Olah Raga Tuna Rungu se-Asia Pasifik) bulan Desember tahun 2008 di Phnom Phen, Kamboja, Indonesia mendapat kehormatan untuk menjadi penyelenggara dan tuan rumah Asia Pacific Deaf Badminton Championship (Kejuaraan Bulutangkis Tuna Rungu Asia Pasifik) yang ketiga. APDSC rencananya digelar di Samarinda, Kalimantan Timur, tanggal 2 s/d 9 November 2010, diikuti 30 negara di kawasan Asia Pasifik. Karena itu Perhimpunan Olah Raga Tuna Rungu Indonesia (PORTURIN) hari Kamis (4/3) sore berkunjung ke Kemenpora dan diterima oleh Sekretaris Kemenpora Wafid Muharam, di ruang kerjanya.

PORTURIN yang diwakili oleh Ketua Umum Harpalis Alwi dan Sekretaris Adriana Angela Brigita, Pembantu Umum Eri Alwi dan Dovar Poerwanto melaporkan rencana kerja tahun 2010 sekaligus meminta dukungan Kemenpora untuk penyelenggaraan Asia Pasific Deaf Badminton Championship yang ketiga. Menurut Harpalis, kegiatan ini telah mendapat dukungan dari Kementerian Kebudayaan dan Pariwisata, Gubernur Kalimantan Timur dan Dinas Pemuda dan Olahraga Kaltim. Diharapkan Kemenpora juga mendukung, antara lain dalam hal pendanaan dan pendampingan.

Wafid Muharam mewakili Menpora menyatakan, pemerintah pasti akan mendukung rencana tersebut karena sama-sama merupakan kegiatan yang memberdayakan warga negara Indonesia. "Tuna rungu pun akan mampu berprestasi membawa nama baik bangsa Indonesia, dan juga menunjukkan bahwa bulu tangkis olahraga andalan Indonesia masih berjaya," kata Sesmen. (rin)

**************************************************************

Penulis menatsirkan :-

Bahasa Indonesia - Bahasa Malaysia

1) Perhimpunan Olahraga Tuna Rungu Indonesia - Persatuan Sukan Pekak Indonesia
2) Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia - Kementerian Belia dan Sukan Indonesia
3) Konfederasi Olahraga Tuna Rungu Se-Asia Pasifik - Konfederasi Sukan Pekak Asia Pasifik

Isnin, 13 September 2010

Program APDSC 2010

Salam Pembaca yang dihormati,

Penulis merakamkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 2010 kepada pembaca beragama Islam.

Kalendar Sukan Pekak Antarabangsa 2010 & 2011 yang dipaparkan di laman ICSD [http://www.deaflympics.com/games/calendar.asp]

3 buah Program APDSC 2010:-

1) Kejohanan Badminton APDSC edisi kali-3 akan diadakan di Samarinda, Indonesia pada 5 hingga 11 November 2010 selepas Kuala Lumpur 2002 dan New Delhi 2006.

2) Kejohanan Futsal APDSC buat pertama kali ditandingkan di Singapura pada 21 hingga 24 November 2010 setelah Singapura biasa menganjurkan futsal komuniti pekak singapura yg disertai oleh pemain Pekak Malaysia dan Negara Thai.

3) Kejohanan Boling Tenpin APDSC edisi kali-3 akan dilangsungkan di Quezon, Filipina pada 30 Nov hingga 7 Dec 2010 selepas Korea pernah menjayakan program ini di pulau jeja 2002 dan 2007.

Rakyat Malaysia berdoa semoga atlet Pekak Malaysia mesti berjuang membawa pingat tanpa warna dari 3 kejohanan tersebut. MSDeaf diharapkan mengeluarkan wira-wira Pekak berwibawa.

Sekiranya atlet Pekak Malaysia berjaya membawa pingat Asia Pasifik, layak mengambil bahagian di kejohanan Dunia seperti di bawah:-

a) Kejohanan Badminton ICSD ke-3 Bucheon, Korea 28 Mei - 4 Jun 2011

b) Kejohanan Boling Tenpin ICSD ke-2 Buenos Aires, Argentina 23 Ogos - 3 Sept 2011 laman kejohanan [http://deafbowling2011.com/Bowling2011.noticias.eng.html]

c) Kejohanan Futsal ICSD ke-3 Örebro, Sweden 18 - 26 Nov 2011 laman kejohanan [http://deaf-futsal2011.com/wordpress/?lang=en]

Selamat Melayari Laman Kejohanan Sukan Pekak Antarabangsa..

Sabtu, 15 Mei 2010

Sukan Deaflympics Musim Sejuk Slovakia 2011 dibatalkan


Masyarakat Warga Pekak Dunia pasti terkejut dengan notis pengumuman ICSD bertarikh 11 Mei 2010 tentang Sukan Deaflympics Musim Sejuk Slovakia 2011 dibatalkan.

Sebelum ini, memori penulis masih segar tentang Sukan Pekak terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab sepertimana berikut di bawah:-

1) Melaka telah menarik diri dari tuanrumah SKOP (sekarang SOPMA) Melaka 1991. Shima WP (sekarang KLSD) bergegas mengambil tempat tuan rumah SKOP 1991. Tahniah Shima WP berjaya menganjurkan SKOP Shah Alam 1991. Jangan salahkan Melaka sebab Melaka belum ada Persatuan Orang Pekak Melaka dulu.

2) Kuwait tuanrumah Sukan Orang Pekak Asia Pasifik 2004 telah menarik diri.

3) Kuwait juga tuanrumah Sukan Orang Pekak Asia Pasifik 2008 telah dibatalkan oleh Presiden & AJK APDSC kerana Kerajaan Kuwait tidak boleh menandatangani perjanjian tuanrumah APGD 2008 dengan APDSC dalam masa daurat. Rasional Kerajaan Kuwait enggan membayar denda jika Kuwait gagal jadi tuanrumah APGD 2008. Simpati Kuwait digantung dari Ahli Gabungan ICSD/APDSC.

Cadangan Kebaikan Tuanrumah Sukan Pekak masa depan:-

a) tuanrumah sukan Pekak ingin merebut hak penganjurannya diwajibkan mendapat surat kebenaran/sokongan/kelulusan daripada Kerajaan terlebih dahulu sebelum menghantar surat bidaan sukan Pekak kepada Pemegang hak penganjurannya.

b) tuanrumah sukan Pekak arif dalam semua bidang melibatkan kepimpinan, pentadbiran, perancangan, kewangan, latihan, dan sebagainya.

c) tuanrumah sukan Pekak wajib mencontohi Taiwan berjaya menganjurkan Sukan Deaflympics Musim Panas 2009.

Ini harapan warga Pekak Dunia......

Isnin, 26 April 2010

Perniagaan OKU dialibaba

SAYA insan yang kurang upaya dan sudah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang. Pada awal 2008, dengan bantuan seorang yang berpengaruh, saya memohon bantuan di bawah skim bantuan galakan perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) di bawah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pahang.

Permohonan saya diluluskan pada 11 Ogos 2008. Nilai bantuan RM100,000 dalam bentuk barangan. Bagaimanapun, saya hanya dapat menguruskan perniagaan saya kira-kira setahun lebih saja.

Tanpa pengetahuan saya, daftar perniagaan saya dipindah tanpa persetujuan saya. Saya rasa amat terkilan dengan nasib yang menimpa. Tambahan saya tidak mampu untuk bekerja bagi menampung keluarga saya. Saya cuba mencari puncanya dan akhirnya saya dapat tahu yang perniagaan saya itu sudah ‘dialibabakan’ oleh orang yang menguruskan permohonan saya yang juga mempunyai tiga perniagaan yang sama dengan perniagaan saya.

Saya ada cukup bukti kerana ia membabitkan orang atasan. Di sini saya berharap agar jabatan yang terbabit dengan bantuan ini dapat bertindak segera, kerana ia membabitkan peruntukan yang besar untuk orang kurang upaya, supaya OKU tidak diperlekehkan pada masa akan datang.

Saya ingin tahu, apakah tindakan yang boleh diambil terhadap orang yang ‘meng-alibabakan’ OKU.

OKUCCB8981, Kuantan
.

Sumber: Berita Harian Online - Surat 26 April 2010

Sabtu, 24 April 2010

Budak Melayu bermata biru adalah anak ibubapa Pekak Kedah

AHMAD Mustafa bersama cucunya, Mohd. Aizat Aiman Mohd. Rizal yang dilahirkan aneh dengan matanya berwarna kebiruan walaupun tiada darah kacukan di Kampung Teluk Amboi, Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah, kelmarin. - utusan/ OPAT RATTANACHOT


SUNGAI PETANI 23 April - Kampung Teluk Amboi, Pulau Sayak, Kota Kuala Muda dekat sini menjadi tumpuan penduduk sejak beberapa hari lalu gara-gara seorang kanak-kanak lelaki Melayu bermata biru.

Kanak-kanak tersebut, Mohd. Aizat Aiman Mohd. Rizal, berusia 1 tahun 4 bulan menjadi tumpuan ramai kerana warna matanya berbeza dengan kebanyakan masyarakat negara ini yang rata-rata hitam atau perang.

Datuk kepada Mohd. Aizat Aiman, Ahmad Mustafa, 62, memberitahu, kejadian pelik itu berlaku selepas beberapa bulan cucunya dilahirkan.

"Semasa dilahirkan, matanya berwarna hitam macam kebanyakan kita. Namun, selepas beberapa bulan ia berubah warna menjadi biru dan berkilauan.

"Kami sekeluarga hairan kerana tidak mempunyai darah kacukan orang barat ataupun Asia Barat," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Ahmad berkata, keluarganya pernah membawa Mohd. Aizat Aiman menjalani pemeriksaan di beberapa hospital di Sungai Petani dan Pulau Pinang.

Namun, katanya, doktor mengesahkan mata Mohd. Aizat Aiman itu tidak mengalami sebarang masalah dan boleh melihat seperti kanak-kanak biasa.

Ditanya tentang kejadian aneh sebelum Mohd. Aizat Aiman dilahirkan, Ahmad berkata, semasa mengandung, ibu kanak-kanak itu, Noraini Ahmad, 31, dikatakan gemar bermain dengan seekor kucing peliharaan mereka yang bermata biru.

"Noraini suka membersihkan mata kucing itu kerana tertarik dengan warnanya yang kebiruan. Orang tua-tua kata, mungkin kejadian mata biru Mohd. Aizat Aiman ada kaitan dengan kenan kucing," ujarnya.

Bekas nelayan itu berkata, Mohd. Aizat Aiman itu juga mungkin mewarisi ciri-ciri bapanya, Mohd. Rizal Mohamad, 34, yang mata kanannya sedikit kebiruan tetapi tidak ketara.

"Noraini dan Mohd. Rizal merupakan insan istimewa kerana mereka berdua bisu dan mempunyai masalah pendengaran. Mereka bekerja sebagai operator kilang di Seberang Perai dan hanya pulang ke kampung dua minggu sekali," katanya.

Tambahnya, dia bagaimanapun berasa bimbang dengan masa depan Mohd. Aizat Aiman yang mungkin mewarisi kecacatan ibu bapanya yang tidak boleh mendengar.

"Doktor memaklumkan bahawa cucu saya ini disyaki mengalami masalah pendengaran dan perlu menjalani pemeriksaan dua bulan sekali di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani," katanya.

Ahmad bagaimanapun berharap, cucunya itu dapat menjalani kehidupan seperti insan normal.

"Dia seorang yang aktif dan sering menarik perhatian ramai kerana ciri anehnya yang bermata biru. Kini, dia juga mula petah bersuara walaupun setakat ini tidak dapat pastikan sama ada dia boleh bercakap atau tidak dalam beberapa tahun lagi. Kami doakan agar dia mempunyai sifat sempurna seperti orang lain," katanya.

Sumber: Utusan Online 24 April 2010 / 10 Jamadil Awal 1431

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Bapa anak budak melayu bermata biru yg penulis kenal. Dia punya FB di http://www.facebook.com/profile.php?id=695698658&ref=mf

Khamis, 28 Januari 2010

Pertandingan Abilimpik Kebangsaan 2010 anjuran MCR

Ada kemahiran? Mari menyertai pertandingan Abilympics 2010 seperti risalah yang dilampiran bersama [http://www.scribd.com/doc/25914729/Risalah-Mcr-Abilimpik-Keb-2010].

Risalah Mcr Abilimpik Keb 2010

Sila maklumkan kepada rakan2 Pekak yang ingin menunjukkan kemahiran.

Jangan lupa hantar borang penyertaan kepada MFD dan tarikh akan dimaklumkan.

Sekian, terima kasih

Setiausaha MFD Kebangsaan

Sumber: Emel dia yang penulis terima kelmarin.