Selasa, 16 Disember 2008

M3PN lebih wibawa dari MFD

9 buah Persatuan/Kelab Cacat Pendengaran Kebangsaan menganggotai Mesyuarat Ketua-Ketua Persatuan/Kelab Cacat Pendengaran Kebangsaan (sekarang Mesyuarat Presiden-Presiden Persatuan Pekak Negeri) Yang Kali Pertama di Kuala Lumpur pada tahun 1990.
  • Kelab Pekak YMCA Pulau Pinang (PGYDC)
  • Kelab Pekak YMCA Kuala Lumpur (KLYDC)
  • Persatuan Bagi Orang Cacat Pendengaran Kedah (KAHI)
  • Persatuan Orang Cacat Pendengaran Selangor dan WP (SHIMA)
  • Kelab Pekak Kota Bahru (KPKB)
  • Kelab Pekak Kelang (KPKg)
  • Kelab Pekak Kuantan (KPKn)
  • Kelab Pekak Melaka (KPM)
  • Persatuan Orang Pekak Johor (SDJO)
Kelab Pekak Ipoh (KPI) menanggotai Mesyuarat M3PN diadakan di Alor Setar pada tahun 1992

Persatuan Bagi Orang Pekak Sabah (SSD) menganggotai Mesyuarat M3PN ke-tiga diadakan di Johor Bahru pada tahun 1994

Persatuan Kebajikan Orang Pekak Terengganu (PKPT) menganggotai Mesyuarat M3PN ke-empat diadakan di Pulau Pinang pada tahun 1996

Persatuan Kebajikan Orang Cacat Pendengaran Terengganu (PKOCPT) menganggotai Mesyuarat M3PN ke-lima diadakan di Melaka pada tahun 2007

Fakta Sejarah MFD ditubuhkan pada 8 Disember 1997 didapati TIDAK BETUL dalam laman web MFD kerana tarikh tersebut merupakan tarikh pendaftaran MFD hanya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

Fakta Sejarah M3PN diadakan pada 23 Mac 1990 diperakui CONFIRM kerana M3PN berjuang memelihara kepentingan hak-hak Warga Pekak Malaysia dalam semua bidang termasuk Sukan sehingga M3PN ke-4 bersetuju suara sebulat menghasilkan penubuhan Persatuan Orang Pekak Malaysia (sekarang MFD) pada tahun 1996.

Rasional Penubuhan M3PN 1990-1996 telah meluluskan 7 resolusi utama iaitu
1) Malaysia melalui SHIMA memohon menjadi Ahli WFD pada tahun 1994
2) Tuanrumah Kejohanan Sukan Pekak Asia Pasifik ke-5 Kuala Lumpur 1996
3) Tuanrumah Mesyuarat Lembaga WFD Pulau Langkawi 1996
4) Tuanrumah Mesyuarat Perwakilan WFD Asia Pasifik ke-8 Pulau Langkawi 1996
5) Tuanrumah Persidangan WFD Asia Pasifik ke-4 PWTC Kuala Lumpur 1996
6) Penubuhan Persatuan Orang Pekak Malaysia (sekarang MFD)
7) Projek Bahasa Isyarat Malaysia

Penulis pernah menghadiri Mesyuarat M3PN di Alor Setar, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Tahniah kepada Lim Heng Tuck Presiden KDA berkomited menghadiri semua Mesyuarat M3PN 1990-2007 sebagai tanda Lim Heng Tuck really mengambil berat tentang kepentingan Hak-Hak Rakyat Pekak Malaysia.

Mari berani berdebat dengan penulis jika Fakta Sejarah M3PN dipertikaikan.