Jumaat, 10 Julai 2009

Kebajikan Atlet Pekak Malaysia dijaga oleh YAKEB-MSFD


Mengapa penulis menulis tajuk ini? Berita Baik - YAKEB bekerjasama dengan MSFD untuk mengumpul data maklumat altet Pekak dan bekas atlet Pekak Kebangsaan mengambil bahagian dalam Sukan Orang Pekak Asia Pasifik dan Sukan Deaflympics.

Dato' Paduka Dr. Mumtaz Begum Abdul Jaffar sebagai Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah berjumpa dengan Presiden MSFD dan penulis selaku mantan SUA MSFD di Konsvensyen Sukan Kebangsaan 2008 diadakan di PWTC, Kuala Lumpur pada 11-12 November 2008.

Zana Ujang Azizul berjaya mengutip pingat EMAS acara olahraga 110m lari berpagar di Sukan Deaflympics Rome 2001. kejayaannya disebabkan oleh Dr. Mumtaz jurulatih Olahraga Malaysia Rome 2001.

Jadi, penulis minta NGO Pekak tolong 'ketuk' pintu rumah ahli-ahli NGO Pekak terutama atlet Pekak Kebangsaan & Bekas atlet Pekak Kebangsaan sahaja) untuk mengisi borang pendaftaran keahlian YAKEB supaya dimajukan kepada MSFD kemudian dihantar kepada YAKEB.

Sila menghubungi En. Murshid Alaidin EXCO MSFD untuk mendapatkan borangnya jika ahli-ahli NGO Pekak tiada talian internet.

Sila klik borang pendaftaran keahlian YAKEB di bawah:-

(1) Borang Pendaftaran - Atlet Aktif

(2) Borang Pendaftaran - Atlet Bersara

INFORMASI::

Latarbelakang YAKEB
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan telah didaftarkan di Kuala Lumpur di bawah Akta Pendaftaran Syarikat 1965 pada 25hb Julai 2007, sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan

Objektif YAKEB
Pada dasarnya, penubuhan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan ini berperanan untuk menguruskan hal ehwal kebajikan atlet dalam pelbagai aspek yang sesuai untuk mencapai matlamat memberi manafaat kepada para atlit negara sama ada yang masih lagi aktif menyumbangkan tenaga, ataupun yang telah bersara termasuk atlet yang kelainan upaya (OKU) yang selama ini telah berkorban dengan mengerahkan keringat untuk mengharumkan nama negara di pentas kejohanan sukan antarabangsa.

Fungsi-Fungsi YAKEB
1. Pusat Sumber Strategik untuk Atlet Negara
2. Pengumpulan Dana
3. Pembangunan Pendidikan dan Kerjaya
4. Kemahiran Keusahawanan
5. Bimbingan dan Kaunseling
6. Kebajikan Am

Faedah-Faedah Ahli
sila melayari Jasamu Dikenang dalam laman YAKEB