Sabtu, 8 November 2008

Resolusi Perpaduan Orang Pekak KL telah jadi nasi bubur

KLSD, DC, DD setuju bersepakat membentangkan 5 perkara dalam Resolusi Perpaduan Orang Pekak Kuala Lumpur 2006 adalah berikut: Sumber: Berita KLSD Online Feb 2006

@@@Coretan Penulis HWPM@@@

Penulis tidak pernah tengok gambar pemimpin DD, DC, Reach sebagai Exco KLSD masing-masing dari tarikh Resolusi Perpaduan OP KL berkuatkuasa 26 Februari 2006 hingga sekarang dalam Laman Web KLSD Pemimpin KLSD

Penulis berhak mengkritik kepimpinan KLSD yang berani melanggar Resolusi Perpaduan Orang Pekak Kuala Lumpur. Hidung Wakil DD, DC, Reach pergi mana???

Pemimpin KLSD, mari berani berdebat dengan Penulis HWPM tentang Debat Peningkatan Taraf SosioEkonomi Masyarakat Orang Pekak Kuala Lumpur. Pengerusi Debat berkecuali dicadangkan ialah Amir Hamidi bin Abdul Manan seorang Pemimpin Pekak Amanah, Bersih dan Cekap dengan syarat-syarat Pengerusi Debat bukan Ahli KLSD.

Jangan menuding jari kat penulis sebab Masyarakat Orang Pekak Kuala Lumpur selalu bosan dengan kepimpinan KLSD gemar bermain politik.

Ahad, 2 November 2008

AirAsia Sedia Kemudahan Untuk Penumpang Kurang Upaya

SEPANG, 12 April (Bernama) -- AirAsia Bhd menyediakan kemudahan ambulif di terminal lapangan terbang tambang murah (LCTT) di sini dan sebuah lagi di Kota Kinabalu untuk kemudahan penumpang kurang upaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Tony Fernandes hari ini berkata kemudahan berkenaan akan menyediakan keselesaan untuk penumpang kurang upaya syarikat penerbangan itu.

Penumpang kurang upaya sebelum ini dibawa masuk ke pesawat oleh kakitangan AirAsia, kata Fernandes kepada pemberita selepas melancarkan kemudahan itu di LCCT di sini.

Beliau berkata pemasangan kemudahan itu di kedua-dua lapangan terbang berkenaan menelan belanja RM 1.3 juta, termasuk latihan untuk kakitangan.

Syarikat penerbangan itu sedang berbincang dengan Lapangan Terbang Kuching bagi menempatkan ambulif di sana.

Ia juga sedang mengkaji menempatkan kemudahan yang sama di lapangan terbang lain seperti Pulau Pinang, Jakarta dan Bangkok.

Hanya empat penumpang kurang upaya sahaja yang dibenarkan menaiki satu-satu penerbangan.

AirAsia, kata Fernandes sedang berbincang dengan Malaysia Airports Holdings Bhd bagi menyediakan laluan bebas untuk kegunaan penumpang kurang upaya di lapangan terbang yang tidak mempunyai kemudahan ambulif.

-- BERNAMA

-- JINGGO'S FOTOPAGE

Coretan: Persatuan Sukan Orang Pekak KL, Johor, Pahang, Kelantan


Penulis telah mendengar kisah sebenar daripada atlet-atlet Pekak Malaysia.

a) KLSD telah melahirkan penubuhan Persatuan Sukan Orang Pekak Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh Hisham Khailani. Sumber: Atlet Pekak KL telah ceritakan fakta sebenar kepada penulis.

b) SDJO telah melahirkan penubuhan Persatuan Sukan Orang Pekak Johor yang dipengerusikan oleh Mohd Yazid. Sumber: Mohd Yazid sendiri maklumkan kepada penulis.

c) PADA telah melahirkan penubuhan Persatuan Sukan Orang Pekak Pahang yang dipengerusikan oleh Ting Tuck Chen. Sumber: blog Pusat Komunikasi PADA di http://pada2005puskom.blogspot.com/

d) POPK telah melahirkan penubuhan Persatuan Sukan Orang Pekak Kelantan. Sumber: Atlet Pekak Kelantan telah ceritakan fakta sebenar kepada penulis.

Mengapa KLSD, SDJO, PADA, POPK enggan merujuk kepada MSFD terlebih dahulu untuk mendapat lampu hijau tentang penubuhan Persatuan Sukan Orang Pekak KL, Johor, Pahang, Kelantan?

Perbuatan KLSD, SDJO, PADA, POPK difikirkan 'tidak hormat' MSFD. Mereka 'melanggar' dokumen perjanjian MFD-MSFD melalui AGM MFD-MSFD 2000 adalah 2 badan kebangsaan bersatupadu, bekerjasama, saling bantu-membantu meningkatkan taraf hidup Rakyat Pekak Malaysia.

Tahukah MSFD adalah Badan Kebangsaan yang menguruskan hal ehwal sukan di seluruh Malaysia bagi Warga Pekak? MSFD berjaya mengeluarkan wira-wira SKOP untuk naikkan Jalur Gemilang di kejohanan peringkat antarabangsa iaitu Sukan Deaflympics & Sukan Pekak Asia Pasifik dengan membawa Pingat Emas, Perak dan Gangsa. Wira-Wira SKOP dilahirkan adalah Thomas Teh, Zana Azizul Ujang, Zaidi Awang, Rosly Hussein dan Jimmy Wong.

Jadi, Rakyat Pekak Malaysia sentiasa berterima kasih kepada MSFD sebab MSFD banyak melahirkan pemimpin-pemimpin pekak melalui Sukan Orang Pekak Malaysia (SKOP) dari tahun 1985 sehingga sekarang.

Rakyat Pekak Malaysia hendak ingatkan KLSD, SDJO, PADA, POPK tidak boleh belakangkan MSFD lagi. Kejadian perbuatan ini tidak berulang lagi macam 'kacang jangan lupakan kulit sendiri'.

Rakyat Pekak Malaysia masih ingat moto MFD "Satu Pekak, Satu Komuniti, Satu Hati (One Deaf, One Community, One Love)" sepertimana Ucapan Perasmian Majlis Ulangtahun MFD ke-8 2005 oleh Ketua Setiausaha KPWKM (english) / (melayu)

Kisah Sebenar terpulang kepada Rakyat Pekak Malaysia.

Selamat Membaca Blog ini Bahan Rujukan Masa Depan Generasi Pemimpin Pelapis Pekak.