Ahad, 2 November 2008

Coretan: Persatuan Sukan Orang Pekak KL, Johor, Pahang, Kelantan


Penulis telah mendengar kisah sebenar daripada atlet-atlet Pekak Malaysia.

a) KLSD telah melahirkan penubuhan Persatuan Sukan Orang Pekak Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh Hisham Khailani. Sumber: Atlet Pekak KL telah ceritakan fakta sebenar kepada penulis.

b) SDJO telah melahirkan penubuhan Persatuan Sukan Orang Pekak Johor yang dipengerusikan oleh Mohd Yazid. Sumber: Mohd Yazid sendiri maklumkan kepada penulis.

c) PADA telah melahirkan penubuhan Persatuan Sukan Orang Pekak Pahang yang dipengerusikan oleh Ting Tuck Chen. Sumber: blog Pusat Komunikasi PADA di http://pada2005puskom.blogspot.com/

d) POPK telah melahirkan penubuhan Persatuan Sukan Orang Pekak Kelantan. Sumber: Atlet Pekak Kelantan telah ceritakan fakta sebenar kepada penulis.

Mengapa KLSD, SDJO, PADA, POPK enggan merujuk kepada MSFD terlebih dahulu untuk mendapat lampu hijau tentang penubuhan Persatuan Sukan Orang Pekak KL, Johor, Pahang, Kelantan?

Perbuatan KLSD, SDJO, PADA, POPK difikirkan 'tidak hormat' MSFD. Mereka 'melanggar' dokumen perjanjian MFD-MSFD melalui AGM MFD-MSFD 2000 adalah 2 badan kebangsaan bersatupadu, bekerjasama, saling bantu-membantu meningkatkan taraf hidup Rakyat Pekak Malaysia.

Tahukah MSFD adalah Badan Kebangsaan yang menguruskan hal ehwal sukan di seluruh Malaysia bagi Warga Pekak? MSFD berjaya mengeluarkan wira-wira SKOP untuk naikkan Jalur Gemilang di kejohanan peringkat antarabangsa iaitu Sukan Deaflympics & Sukan Pekak Asia Pasifik dengan membawa Pingat Emas, Perak dan Gangsa. Wira-Wira SKOP dilahirkan adalah Thomas Teh, Zana Azizul Ujang, Zaidi Awang, Rosly Hussein dan Jimmy Wong.

Jadi, Rakyat Pekak Malaysia sentiasa berterima kasih kepada MSFD sebab MSFD banyak melahirkan pemimpin-pemimpin pekak melalui Sukan Orang Pekak Malaysia (SKOP) dari tahun 1985 sehingga sekarang.

Rakyat Pekak Malaysia hendak ingatkan KLSD, SDJO, PADA, POPK tidak boleh belakangkan MSFD lagi. Kejadian perbuatan ini tidak berulang lagi macam 'kacang jangan lupakan kulit sendiri'.

Rakyat Pekak Malaysia masih ingat moto MFD "Satu Pekak, Satu Komuniti, Satu Hati (One Deaf, One Community, One Love)" sepertimana Ucapan Perasmian Majlis Ulangtahun MFD ke-8 2005 oleh Ketua Setiausaha KPWKM (english) / (melayu)

Kisah Sebenar terpulang kepada Rakyat Pekak Malaysia.

Selamat Membaca Blog ini Bahan Rujukan Masa Depan Generasi Pemimpin Pelapis Pekak.