Khamis, 28 Mei 2009

Stadium Olimpik Roma ITALI


Stadium Olimpik Roma ITALI mencatat memori terindah bagi penulis mantan SUA MSFD menyertai kontinjen Malaysia seramai 53 orang menyaksikan majlis pembukaan & penutup 19th Deaflympics Games yang dihadiri oleh 2,217 orang atlet Pekak & pegawai dari 68 negara ahli & jemputan ICSD setelah penulis tengok laman web UEFA - keputusan final match Barcelona vs M.United termasuk gambar stadium ini.

Wira SOPMA En. Zana Azizul Ujang berjaya mengutip pingat EMAS setelah mengalahkan atlet-atlet Pekak Eropah & USA dalam acara olahraga di Stadium ini. Zana Ujang telah memecahkan rekod Olahraga Asia/Asean/Malaysia Pekak Lelaki - Lari Berpagar 110m masa 15.08 saat. Sebelum ini penulis pernah menuip semangat motivasi tinggi kepada Zana Ujang mesti membuktikan kebolehan dia menerima cabaran Malaysia Boleh!!! MSFD berterima kasih kepada Datuk Paduka Mumtaz Jaafar Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlet Negara (mantan jurulatih olahraga) berjaya membentuk Zana Ujang sebagai Atlet Deaflympic Malaysia Terhebat.

Fakta-Fakta Menarik:-

A. Tahun Aktiviti Stadium Olimpik Roma ITALI


1) 1960 - Sukan Olimpik Musim Panas ke-17

2) 1968 - Kejohanan Bolasepak Eropah UEFA ke 3 -Final Match: ITALI 2 YUGOSLAVIA 0

3) 1977 - Piala Eropah UEFA - Final Match: Liverpool 3 Borussia Mönchengladbach 1

4) 1980 - Kejohanan Bolasepak Eropah UEFA ke 6 - Final Match: GERMANY 2 BELGIUM 1

5) 1984 - Piala Eropah UEFA - Final Match: Liverpool 1 AS Roma 1 {penalti 4-2}

6) 1990 - Kejohanan Bolasepak Dunia FIFA ke-14: Final Match: WEST GERMANY 1 ARGENTINA 0

7) 1996 - Liga Juara-Juara UEFA - Final Match: Juventus 1 Ajax 1 {penalti 4-2}

8) 2001 - Sukan Deaflympics Musim Panas ke-19

9) 2009 - Liga Juara-Juara UEFA - Final Match: Barcelona 2 Manchester United 0

B. Penggiat Stadium Olimpik Roma ITALI

10) Kelab Sukan Lazio (SS Lazio) & Kelab Sukan Roma (AS Roma) bekongsi menggunakan stadium ini. SS Lazio ditubuhkan pada 9 Januari 1900 manakala AS Roma ditubuhkan pada 22 Julai 1927

11) Francesco Totti kapten pasukan AS Roma berjaya membantu ITALI kalahkan FRANCE dalam final match Kejohanan Bolasepak Dunia FIFA Germany 2006.

12) Nilai perpindahan Hidetoshi Nakata £ 15 juta dibeli oleh AS Roma dari Perugia pada tahun 2000. Pelaburannya berbaloi apabila Nakata bantu AS Roma menjulang 2 trofi tahun 2001.

13) Fabio Capello Pengurus England 2007 - sekarang & mantan Pengurus AS Roma 1999-2004 berjaya membawa 2 Juara Liga ITALI 2001 & Piala Super ITALI 2001.

14) Paul Gascoigne pemain tengah berjaya membantu England menduduki tempat ke-4 di World Cup ITALY 1990. Harga Perpindahannya dari Tottenham Hotspur dibeli oleh SS Lazio sebanyak £ 5.5 juta pada 27 Sept 1992.

15) SS Lazio membelanjakan harga perpindahan Hernán Crespo £ 35.5 juta dari Parma pada tahun 2000, Gaizka Mendieta £ 29 juta dari Valencia tahun 2001 & Jaap Stam £ 16.5 juta dari Manchester United tahun 2001

16) SS Lazio menjual harga perpindahan Christian Vieri £ 32 juta kepada Internazionale pada tahun 1999, Pavel Nedvěd £ 30.6 juta kepada Juventus tahun 2001 & Juan Sebastián Verón £ 28.1 juta kepada Manchester United tahun 2001

17) Sven-Göran Eriksson mantan Pengurus England 2001-2006 & mantan Pengurus SS Lazio 1997-2001 berjaya menaikkan imej SS Lazio di Eropah dengan kejayaan merangkul 7 buah Trofi iaitu Juara Liga ITALI 2000, Piala ITALI 1998 & 2000, Piala Super ITALI 1998 & 2000, Piala Pemenang UEFA 1999 & Piala Super UEFA 1999.

Sumber: Wikipedia.org

Ahad, 24 Mei 2009

Sukan Orang Pekak Malaysia SOPMA


Rakyat Pekak Malaysia berdoa semoga SOPMA harus diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sebagai Sukan Berprestasi Tinggi Untuk Warga Atlet Pekak setaraf dengan SUKMA & SPM.

Mari menyokong SOPMA Kuala Terengganu 2009

Sumber: Buku Muka - SOPMA

Jumaat, 22 Mei 2009

Institut Pendidikan Guru Sukan Ditubuh : Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan mewujudkan Institut Pendidikan Guru Sukan khusus untuk melatih jurulatih sukan serta pegawai teknik daripada kalangan guru, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata penubuhan IPG Sukan itu akan dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan.

"Dengan adanya jurulatih dan pegawai teknik sukan sekolah, kerajaan berharap agar tahap kecekapan pengurusan sukan sekolah akan dapat dipertingkatkan.

"Di samping itu, ia akan mengurangkan bebanan guru yang sebelum ini terpaksa memberikan tumpuan kepada bidang akademik dan juga sukan," katanya ketika merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) ke-51 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Khamis.

Muhyiddin berkata kementerian belum menetapkan syarat kelayakan untuk memasuki IPG Sukan itu.

"Ia akan ditetapkan nanti. Saya tidak dapat memberitahu secara terperinci.

Yang penting ialah siapa yang layak untuk ambil kursus dan sekali gus menambah bilangan guru yang terlatih dalam bidang sukan," katanya.

Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran juga akan mewujudkan Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah di peringkat kementerian untuk merancang, memantau dan mempergiatkan aktiviti sukan sekolah.

Katanya menerusi jawatankuasa itu khidmat nasihat pakar, jurulatih dan pegawai teknikal profesional akan digunakan untuk membantu kementerian merangka dan melaksana program dengan lebih efektif.

Beliau berkata bahawa secara langsung kementerian akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan sukan kebangsaan untuk menjalankan program.

"Secara langsung persatuan-persatuan sukan kebangsaan akan terlibat kerana dalam jawatankuasa yang kita akan tubuhkan itu akan turut melibatkan mereka. Ini kerana dalam kita (Kementerian Pelajaran) hendak menjalankan program-program tertentu kita akan melibatkan mereka," katanya.

Terdahulu semasa berucap pada majlis perasmian Kejohanan Olahraga MSSM, Muhyiddin berkata kejohanan seumpama itu menyediakan ruang yang cukup luas untuk pihak Kementerian mengenal pasti atlet pelajar yang berpotensi dalam bidang olahraga.

"Atlet-atlet ini akan dilatih secara intensif bagi menghadapi kejohanan-kejohanan peringkat antarabangsa seperti Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Asean yang akan berlangsung di Bangkok pada Julai depan," katanya.

Menurut beliau Kejohanan Olahraga Sekolah wajar dijadikan acara kemuncak aktiviti sukan sekolah di mana seluruh pelajar akan berpeluang mengambil bahagian.

"Kemudahan sukan di sekolah-sekolah juga akan dipertingkatkan untuk memastikan program sukan dapat dilaksanakan dengan lancar dan untuk itu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM344 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) untuk menambah baik prasarana sekolah," katanya.

Katanya daripada jumlah itu, RM16.4 juta diperuntukkan untuk menaik taraf Sekolah Sukan Malaysia, membina dua buah sekolah sukan negeri di Sabah dan Pahang (RM200 juta), perolehan peralatan sukan sekolah (RM18 juta) dan menaik taraf prasarana sukan sekolah (RM100 juta).

Menurut beliau, projek-projek pembangunan sukan itu kini sedang giat dijalankan dan akan dilaksanakan sepenuhnya pada akhir RMK9.

-- BERNAMA