Selasa, 18 November 2008

YB Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Soalan Parlimen

From: Komuniti Oku
Date: 2008/11/14
Subject: [komuniti_oku: 24204] Soalan parlimen, sesi Disember 2008.
To: komuniti_oku@googlegroups.com

Dear ladies and gentlemen,

With great pleasure, I would like to share with you the issues which will be brought up at the parliment in the December Session.

Soalan parlimen, sesi Disember 2008.

Oleh YB Senator Prof. Datuk Dr Ismail Md Salleh.

Soalan Lisan.

1.. Soalan ditujukan kepada Menteri di Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

1. Beberapa NGO telah melaksanakan program latihan dibawah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan dengan mendapat akreditasi dari Majlis tersebut. Saya ingin tahu sama ada Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat dapat menyediakan elaun sebanyak RM6,000 bagi seorang pelatih bagi tempoh 6 bulan kepada pelatih OKU sepertimana yang dibajetkan oleh kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Sumber Manusia. Saya mencadangkan supaya satu peruntukan dipohon dari Perbendaharaan untuk
tujuan ini.

2. Soalan ditujukan kepada Menteri di Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

1. Kini seramai 88 calon sedang menamatkan kursus bahasa isyarat mereka dengan memperolehi diploma bahasa isyarat. Negara kita amat memerlukan kepakaran dalam penterjemahan bahasa isyarat. Malangnya kini tidak terdapat satu skim pekerjaan bagi penterjemah bahasa isyarat. Saya mencadangkan diwujudkan satu skim khas bagi bakal-bakal juru penterjemah bahasa isyarat ini.

3.. Soalan ditujukan kepada Menteri di Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

1. Akta OKU kini sudah hampir setahun usianya. Apakah tindakan YB Menteri untuk mempastikan pelaksanaan Akta tersebut. Warga OKU telah lama menunggu untuk melihat Majlis bagi OKU bersidang.

4.. Soalan ditujukan kepada Menteri di Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

1. Bilakah sistem pendaftaran OKU akan dilaksanakan? Apakah pihak Kementerian telah menyediakan satu modus opererandi bagi melaksanakan pendaftaran tersebut?.

5.. Soalan ditujukan kepada Menteri di Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

1. Sehingga kini berapa banyak pekerjaan yang telah diwujudkan untuk OKU di sektor awam dibawah sistem kuota 1 peratus?. Saya pohon diberi perincian tentang maklumat pekerjaan ini mengikut Kementerian dan agensi.

6.. Soalan ditujukan kepada Menteri di Kemeterian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

1. Dalam bajet 2009 yang dibentangkan YAB Perdana Menteri beberapa bulan yang lalu, peruntukan elaun sebanyak RM 150.00 sebulan diberikan kepada OKU yang menganggur. RM 150.00 ini, tidak mencukupi bagi menyara kehidupan mereka. Saya mencadangkan bahawa elaun tersebut dinaikkan sekurang-kurangnya RM 300.00 sebulan.

7.. Soalan ditujukan kepada Menteri Pelajaran Malaysia.

1. Bilakah Kementerian Pelajaran Malaysia akan menggubal pelan strategik bagi, Education for All. Kita harap bila pelan ini digubal nanti akan memberi fokus kepada pelajar-pelajar OKU.

8.. Soalan ditujukan kepada Menteri Pelajaran Malaysia.

1. Berapa ramai pelajar OKU yang kini berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan apakah pecahan mereka mengikut kategori OKU?. Apakah sasaran pendaftaran tersebut dalam 2010 dan 2015.

9.. Soalan ditujukan kepada Menteri Pelajaran Malaysia.

1. Sehingga tahun lalu, Majlis Peperiksaan Malaysia telah membuat intepretasi semula terhadap beberapa jenis soalan seperti soalan Matematik dan Sains kepada pelajar OKU khususnya kepada pelajar OKU cacat penglihatan. Mengapakah keadaan ini tidak lagi dilakukan bagi peperiksaan PMR, SPM dan STPM mulai tahun ini?.

10.. Soalan ditujukan kepada Menteri Pelajaran Malaysia.

1. Dalam peperiksaan STPM tahun lepas, seorang calon cacat penglihatan hampir mencapai kedudukan pelajar terbaik dalam peperiksaan tersebut di Malaysia. Malangnya beliau mendapat keputusan yang kurang daripada C bagi mata pelajaran Kertas Pengajian Am. Oleh yang demikian, beliaun telah dinafikan tempat di universiti tempatan. Saya rasa ini adalah satu perkara yang tidak adil. Apakah Kementerian boleh lakukan untuk memperbetulkan keadaan ini?.

11.. Soalan ditujukan kepada Jabatan Pekhidmatan Awam dan Jabatan Perdana Menteri.

1.. Tiap-tiap tahun, terdapat calon OKU yang mengambil peperiksaan SPM dan STPM yang mendapat keputusan yang cemerlang. Saya ingin mencadangkan, sebagai insentif kepada pelajar-pelajar ini, mereka diberikan biasiswa untuk meneruskan pelajaran mereka di universiti sama ada di luar atau dalam negeri. Langkah ini akan memberi galakan kepada calon-calon tersebut.

12.. Soalan ditujukan kepada YAB Perdana Menteri.

1. Ekonomi kita dijangka akan mengalami recession yang serius pada awal tahun hadapan. Saya berpendapat bahawa pakej stimulus sebanyak RM7 billion yang dibuat baru-baru ini tidak mencukupi. Apakah langkah-langkah tambahan yang akan dilakukan Kerajaan untuk menangani kemungkinan berlakunya kelembapan tersebut?.

13.. Soalan ditujukan kepada YAB Perdana Menteri.

1. Pelaburan Langsung Asing dijangka akan menurun dan berkurangan pada tahun hadapan. Apakah langkah-langkah alternatif untuk kita menggalakkan pelaburan alternatif dari dalam negeri atau dari sektor swasta?. Tidakkah Kerajaan akan terus menggalakkan Private Finance Initiative (PFI) bagi membiayai projek-projek awam yang besar sebagai alternative?.

14.. Soalan ditujukan kepada YAB Perdana Menteri.

1. Bilakah Unit Perancang Ekonomi dan pihak Kabinet akan mengeluarkan garis panduan bagi PFI yang setahu saya telah pun siap?. Masyarakat pelabur dan sektor swasta sedang menunggu pelancaran garis panduan tersebut.

15.. Soalan ditujukan kepada Menteri Kewangan Kedua, Kementerian Kewangan Malaysia.

1. Berapa banyakkah kerugian dalam hasil Kerajaan disebabkan penurunan harga minyak, minyak sawit dan getah?, Apakah langkah Kerajaan unutk menampung kejatuhan hasil yang mendadak ini?.

16.. Soalan ditujukan kepada Menteri Kewangan Kedua, Kementerian Kewangan Malaysia.

1. Fiscal Deficits bagi tahun ini dan tahun hadapan dijangka meningkat kepada sekurang-kurangnya 4.8 peratus. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk membiayai deficits tersebut?.

17.. Soalan ditujukan kepada YB Menteri di Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa.

1. Sektor elektrik dan elektronik dijangka mengalami satu tempoh kelembapan yang serius dan ini akan menjejaskan pendapatan eksport negara. Sebanyak manakah anggaran Kementerian tentang kadar pengangguran yang mungkin berlaku bagi sektor ini?. Apakah mungkin berlaku perpindahan syarikat-syarikat pengilang elektrik dan elektronik berhijrah ke negara lain disebabkan kelembapan in?i.

18.. Soalan ditujukan kepada Menteri Kewangan Kedua, Kementerian Kewangan Malaysia.

1. Salah satu lagi sektor yang dijangka menerima kesan kelembapan ekonomi ialah sektor automotif. Apakah langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan dan juga industri automotif sendiri bagi menangani masalah tersebut?.

19.. Soalan ditujukan kepada Menteri di Kementerian Usahawan dan Pembangunan Koperasi.

1. Institusi pendidikan swasta, terutamanya institusi milik Bumiputera amat memerlukan modal pembangunan dan modal pusingan untuk mengembangkan operasi dan memantapkan institusi mereka. Setakat ini, tidak terdapat satu dana ataupun tabung kewangan bagi membantu institusi-institusi ini. Saya ingin mencadangkan diperuntukkan dana sebanyak sekurang-kurangnya RM 100 juta dibawah Kementerian Usahawan dan Pembangunan Koperasi bagi tujuan ini.

20.. Soalan ditujukan kepada Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi.

1. Apakah langkah Kementerian untuk memantap dan mempertingkatkan institusi pendidikan tinggi swasta Bumiputera. Apakah saiz bilangan IPTS yang diperlukan dalam negara kita memandangkan penduduk negara kita hanya mempunyai 27 juta orang. Apakah insentif yang boleh disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi mrnggalakkan penggabungan antara institusi-institusi keci?l.

Soalan Bertulis.

1.. Soalan ini ditujukan kepada YAB Perdana Menteri.

1. Apakah fungsi, tanggungjawab dan objektif penubuhan Majlis Ekonomi Negara?. Berapa kerapkah mesyuarat Majlis diadakan?. Setakat ini apakah hasil yang diperolehi dari Majlis tersebut?.

2.. Soalan ini ditujukan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri.

1.Berapa banyakkah kerugian hasil dan pendapatan yang dialami oleh FELDA dan FELCRA disebabkan oleh kejatuhan harga kelapa sawit dan getah yang mendadak baru-baru ini?. Apakah langkah untuk membantu pekebun-pekebun kecil untuk mengatasi kenaikan kos input bagi kebun mereka?.

3.. Soalan ini ditujukan kepada Menteri di Kemeterian Belia dan Sukan.

1.Apakah rancangan Kementerian untuk menyusun semula Majlis Paralimpik bagi menambah penyertaan OKU dalam Majlis tersebut?. Bilakah reformasi ini akan dapat dilaksanakan?.

4.. Soalan ini ditujukan kepada Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

1. Peningkatan kos input telah memberi kesan negatif terhadap pendapatan petani. Jumlah subsidi yang diberikan bagi menampung
peningkatan kos ini adalah tidak mencukupi. Apakah insentif yang boleh diberikan oleh kementerian kepada petani-petani ini bagi meringankan beban mereka?.

5.. Soalan ini ditujukan kepada Menteri di Kementerian Tenaga Rakyat dan Sumber Manusia.

1. Banyak industri mempunyai sumbangan yang banyak di dalam tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) yang belum dapat digunakan. Apakah langkah-langkah kementerian bagi memperluaskan penggunaan tabung tersebut untuk melatih pekerja industri-industri yang membuat sumbangan tersebut?.

6.. Soalan ini ditujukan kepada Menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

1. Aksesbiliti kepada infrastruktur fizikal dan pensekitaran merupakan halangan utama terhadap OKU cacat anggota. Apakah langkah-langkah positif yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Tempatan bagi memastikan bangunan-bangunan awam termasuk pengangkutan awam di ubah suai bagi keperluan OKU ini?. Minta berikan penjelasan tentang perancangan dan sasaran bagi Kerajaan Tempatan untuk menangani masalah ini.