Khamis, 11 Jun 2009

Nilai Stadium Shah Alam & Cristiano Ronaldo


Bayaran Kos Pembinaan Stadium Shah Alam terbesar di Asia Tenggara dan Yuran Perpindahan Cristiano Ronaldo termahal di Dunia adalah £ 80 juta = RM 460 juta.

Kerajaan Negeri Selangor mampu membelanjakan kos Stadium Shah Alam menyediakan tempat duduk 81,000 dari tahun pembinaan 1991 hingga siap 1994.

Manchester United bijak mengenalpasti bakat Cristiano Ronaldo (umur 18 tahun) pemain terhebat kemudian membayar yuran perpindahannya £ 12.24 juta (RM 71 juta) kepada kelab Sporting CP Liga Bolasepak Portugal menjualnya kepada MU pada tahun 2003. Sebelum ini, Manchester United ditewaskan oleh Sporting CP 1-3 dalam perlawanan sulung Stadium Jose Alvalade baru (kos pembinaan €105 juta = RM519 juta) dirasmikan di Lisbon, Portugal pada 6 Ogos 2003.

Sir Alex Ferguson memilih Cristiano Ronaldo berhak menyarung jersi keramat no. 7 yang pernah dimiliki oleh semua legend MU George Best, Bryan Robson, Eric Cantona & David Beckham.

Cristiano Ronaldo mampu membayar kepercayaan Manchester United dengan menjulang 9 buah trofi untuk kejayaan MU.
Sekarang Saham Cristiano Ronaldo melambung naik ke 647% kerana Real Madrid mampu menawarkan yuran perpindahan termahal di Dunia kepada Manchester United menjualnya kepada RM.

Fakta-Fakta Menarik :- Yuran Perpindahan Pemain Bolasepak Termahal di Dunia.

1) Cristiano Ronaldo dari Manchester United ke Real Madrid £80 juta tahun 2009

2) Kaka dari AC Milan ke Real Madrid £56.1 juta tahun 2009

3) Zinedine Zidane dari Juventus ke Real Madrid £46 juta tahun 2001

4) Luis Figo dari Barcelona ke Real Madrid £37 juta tahun 2000

5) Hernan Crespo dari Parma ke Lazio £35.5 juta tahun 2000

6) Karim Benzema dari Lyon ke Real Madrid £35 juta tahun 2009 [update: 9 Julai 2009]

7) Gianluigi Buffon dari Parma ke Juventus £32.6 juta tahun 2001

8) Robinho dari Real Madrid ke Manchester City £32.5 juta tahun 2008

9) Christian Vieri dari Lazio ke Inter Milan £32 juta tahun 1999

10) Andriy Shevchenko dari AC Milan ke Chelsea £30.8 juta tahun 2006