Sabtu, 20 Jun 2009

Ranking Negara-Negara Bolasepak Islam


Rakyat Malaysia tahu Togo layak ke Piala Dunia FIFA Jerman 2006.

Bagi penulis, Malaysia (US$8,141 seorang) lebih mewah daripada Togo (US$436 seorang) dalam KDNK per kapita yang disediakan oleh IMF tetapi Togo (68) lebih hero daripada Malaysia (159)dalam Bolasepak Ranking FIFA.

Qatar (US$93,204 seorang )merupakan negara KDNK per kapita terkaya ke-3 di Dunia selepas Luxembourg (US$113,044 seorang) tempat ke-1 terkaya.

Turkey (US$915 bilion) merupakan negara KDNK (pariti kuasa beli) tertinggi ke-15 di Dunia selepas USA (US$14.3 trilion) tempat ke-1 tertinggi.

FAKTA-FAKTA MENARIK:- NEGARA BOLASEPAK ISLAM TERKUAT & PEMAIN ISLAM HERO

Piala Dunia FIFA
Spain 1982 - Algeria 2 Jerman Barat 1
Italy 1990 - Cameroon 1 Argentina 0
France 1998 - Nigeria 3 Sepanyol 2
Japan/Korea 2002 - Senegal 1 Perancis 0; Turkey [3rd place]

Piala Konfederasi FIFA
Saudi Arabia 1992 - Saudi Arabia [2nd]; Côte d'Ivoire [4th]
Saudi Arabia 1995 - Nigeria [4th]
Mexico 1999 - Saudi Arabia [4th]
France 2003 - Cameroon [2nd] 1 Brazil 0; Turkey [3rd]
South Africa 2009 - Egypt 1 Italy 0

Olimpik Musim Panas
Amsterdam 1928 - Egypt 2 Portugal 1
Munich 1972 - Malaysia 3 USA 0; Iran 1 Brazil 0
Atlanta 1996 - Nigeria 4 Brazil 3; Nigeria [GOLD] 3 Argentina 2
Sydeny 2000 - Cameroon 2 Brazil 1; Cameroon [GOLD] 2 (P5) Spain 2 (P3)
Athens 2004 - Iraq [4th] 4 Portugal 2; Mali 2 Greece 0
Beijing 2008 - Côte d'Ivoire 1 Australia 0

Rabah Madjer merupakan penyerang Algeria menjaringkan satu gol tewaskan Jerman 2 - 1 di Piala Dunia Spain 1982 ; Porto kejutkan Bayern Muncih 2-1 dalam perlawanan akhir Piala Juara Liga-Liga Eropah Vienna 1987; Porto kalahkan Penarol,Uruguay (Juara Piala Libertadores setaraf Liga-Liga Eropah) 2-1 dalam perlawanan Piala Antara-Antara Benua (sekarang Piala Kelab Dunia FIFA) di Stadium Nasional Tokyo 1987. Beliau membantu Porto menjulang Piala Super UEFA 1987 kalahkan Ajax Amsterdam 2 - 0.

Yahya Touré (Côte d'Ivoire) & Seydou Ahmed Keita (Mali) membantu Barcelona menjulang 3 buah Trofi iaitu Piala Juara Liga Sepanyol 2009, Piala Raja Sepanyol 2009 & Piala Juara Liga-Liga Eropah 2009.

Kolo Habib Touré
(Côte d'Ivoire) pemain pertahanan Asrenal menjulang 5 Trofi iaitu Juara Liga Perdana FA 2004; Piala FA 2003 & 2005; Piala Perisi Komuniti FA 2002 & 2004.

Mahamadou Diarra (Mali) pemain pertengahan bertahan mengumpul 12 pingat tidak ditandingi iaitu 4 Juara Liga French (2003, 2004, 2005, 2006) & 4 Piala Super French (2003, 2004, 2005, 2006) dengan pasukan Olympic Lyon; 2 Juara Liga Sepanyol (2007, 2008) & 1 Piala Super Sepanyol 2009 dengan pasukan Real Madrid; pingat Gangsa Kejohanan Piala Dunia Bawah-20 FIFA Nigeria 1999 dengan pasukan Mali.

Nilai perpindahan Mohamed Sissoko (Mali) sebanyak €11 juta dijual oleh Liverpool ke Juventus awal tahun 2008. Sissoko membantu Valencia mengumpul 3 trofi Juara Liga Sepanyol 2004, Piala UEFA 2004 & Piala Super Eropah 2004; Liverpool 3 trofi Piala Super Eropah 2005, Piala FA 2006 & Piala Perisi Komuniti FA 2006.

Frédéric Oumar Kanouté (Mali) bermurah hati menyerahkan derma US$700,000 membina Masjid di Sevilla. Kejayaan beliau penyerang Sevilla - 5 trofi Piala UEFA 2006 & 2007; Piala Super UEFA 2006; Piala Raja Sepanyol 2007; Piala Super Sepanyol 2007.

Ali Daei (Iran) mencatat sejarah Bolasepak Iran iaitu kap kebangsaan terbesar 149 kali & penjaring gol terbanyak 109 & membantu Bayern Munich menjulang 2 trofi iaitu Liga Germany 1999 & Piala Super Germany 1999

Allayarham Mokhtar Dahari (1953-1991) penyerang kesayangan Rakyat Selangor & Malaysia dipanggil sebagai SuperMokh. Beliau membantu Selangor menjulang trofi Piala Malaysia 10 kali. Beliau pernah ditawarkan oleh kelab Arsenal setelah menjaring 2 gol bagi Malaysia kalahkan Arsenal 2 - 0 pada tahun 1975 (sewaktu umur penulis 4 tahun). Dalam tahun 1978 beliau berjaya menjaringkan 1 gol dalam perlawanan persahabatan bolasepak Malaysia 1 England 'B' 1.