Khamis, 15 Mei 2008

Agenda KeTUANan PEKAK belum SELESAI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Deaf Reader,

Pejuang-Pejuang Dasar Pembangunan Masyarakat Pekak Malaysia wajib meneruskan Agenda Ketuanan Pekak Malaysia (bukan bersifat perkauman) ke arah Pembentukan Masyarakat Pekak Malaysia TerMAJU 2057.

Ketuanan Orang CACAT bukan Pekak Malaysia memang berKEMBANG MAJU sepertimana YB Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh baru-baru ini dilantik sebagai SENATOR OKU oleh Perdana Menteri Malaysia.

Ketuanan Orang CACAT bukan Pekak Malaysia memang kuat SUARAkan hak Orang CACAT bukan Pekak ke dalam telinga wakil-wakil Parlimen Malaysia untuk meluluskan Akta Orang Cacat 2007.

Siapa yang memandang rendah pada kebolehan golongan Pekak itu dilabel sebagai PENDERHAKA MASYARAKAT PEKAK MALAYSIA, PENGGELAP DUIT NGO PEKAK, PENINDAS WARGA PEKAK MALAYSIA, PEMUSNAH KETUANAN PEKAK. Pesalah Jenayah Perdagangan Hamba Pekak wajib diHAPUSkan oleh Rakyat Pekak Malaysia.

Ketuanan Pekak Negara MAJU (USA, JAPAN, EROPAH, AUSTRALIA) lebih terKUKUH dari Malaysia.

Memperjuangkan KeTUANan PEKAK Malaysia bermaksud menaikkan martabat orang PEKAK, supaya menjadi Warga Rakyat MALAYSIA yang kuat, maju, bersatu dan disegani.

Teh Kean Hoe PERTAMA KALI melanjutkan pelajaran tinggi di USM Penang;

Zana Azizul Ujang PERTAMA KALI mengutip pingat EMAS DEAFLYMPIC setaraf OLYMPIC;

Murshid Alaidin PERTAMA KALI menjejaki Gunung Kala Pattar dan Island Peak di Nepal;

Mohamad Sazali Shaari PERTAMA KALI menganggotai "Member of the Panel of Experts for the Standard Rules on the Equalization of Opportunities for People with Disablilties" di Commission for Social Development on Disability, United Nations pada 1995 - 1997;

Ho Koon Wei PERTAMA KALI memegang ijazah Sarjana (Bahasa Lingustik) di Universiti Gallaudet, Washington DC, USA;

Chong Chooi Chu PERTAMA KALI mengambil kursus PerGURUan di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang;

penulis berdoa agar Rakyat Pekak MALAYSIA bersatupadu TERUSkan usaha-usaha MISI Rakyat Pekak Malaysia ke arah pembentukan Rakyat Pekak Malaysia TerMAJU 2057

WARGA PEKAK MALAYSIA CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG