Rabu, 28 Mei 2008

MySLtc pasti menjadi Dinosaur Putih satu hari?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Deaf Reader,

Mari layari laman Pusat Latihan MySL

Rakyat Pekak Malaysia mempunyai HAK mengetahui perkembangan MySLtc kerana mereka merasa kehilangan elaun Pekerja OKU atas Kerajaan Malaysia meluluskan Geran Peruntukan (kehilangan elaun Pekerja Pekak) kepada MFD untuk menampung kos MySLtc.

Rakyat Pekak Malaysia sudah tahu atau tidak???

Apa Diploma Bahasa Isyarat?

Latarbelakang Pegawai Pentadbir MySLtc tiada Ijazah Deaf Studies, Sign Language Studies and Deaf Philologist?

Latarbelakang Pensyarah Diploma Bahasa Isyarat tiada Ijazah Deaf Studies & Sign Language Studies?

Latarbelakang Pengajar Diploma Bahasa Isyarat tiada Ijazah Deaf Studies & Sign Language Studies?

Siapa menurunkan tandatangan ke atas Diploma Bahasa Isyarat??

Siapa menyampaikan diploma bahasa isyarat kepada bakal graduate??

Kelemahan Presiden & Ahli MFD ialah mereka tidak pernah tunjukkan sikap KETUANAN PEKAK.

Jangan menuduh penulis.... Mengapa laman MySLtc tunjukkan MISTERI sepertimana tiada latarbelakang pentadbir, pensyarah dan pengajar?

penulis mencadangkan tentang diploma bahasa isyarat sesuai untuk bakal pengajar bahasa isyarat malaysia manakala diploma jurubahasa isyarat sesuai untuk bakal jurubahasa isyarat.

mana diploma jurubahasa isyarat??? ia tiada dalam laman MySLtc??

mana Pelawat Kehormat MySLtc??? Pelawat Kehormat MySLtc amat penting diperlukan menganggotai Jawatankuasa Peningkatan keMAHIRan MySLtc secara menyeluruh.

Apa Rasional YB Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh Naib Canselor INTERNATIONAL UNIVERSITY COLLEGE OF TECHNOLOGY TWINTECH diperlukan oleh MySLtc? Rakyat Pekak Malaysia mengetahui latarbelakang YB Senator memegang Ijazah Ekonomi. Mana Ijazah Deaf Studies????

Sebelum ini, penulis sentiasa INGATkan ASO tentang penubuhan MySLtc wajib memberi peluang terbuka kepada Pentadbir, Pensyarah dan Pengajar ADA IJAZAH DEAF STUDIES, DEAF PHILOLOGIST & SIGN LANGUAGE STUDIES difikirkan layak menjadi PeTUGAS MySLtc RASMI. ASO maklumkan bahawa MFD memegang kepentingan 100% dalam kek MySLtc.

MFD pandai-pandai menjawab soalan Rakyat Pekak Malaysia sekiranya Pemegang Diploma Bahasa Isyarat tamat dalam MySLtc ditempatkan di Agensi Kerajaan GAGAL SAMPAIkan penterjemaahan DwiBahasa dari Bahasa Lisan ke Bahasa Isyarat & dari Bahasa Isyarat ke Bahasa Lisan.

Pusat Latihan Bahasa Isyarat Malaysia, Puchong macam Kolej Bahasa Isyarat Thailand, Ratchasuda pasti menjadi DINOSAUR PUTIH satu hari JIKA PEMIMPIN MFD TIDAK TUNJUKKAN SEMANGAT KETUANAN PEKAK.

Rakyat Pekak Malaysia bangga dengan keJAYAan MySLtc sekiranya diuruskan oleh Pentadbir, Pensyarah dan Pengajar mempunyai IJAZAH DEAF STUDIES, DEAF PHILOLOGIST & SIGN LANGUAGE STUDIES.

Pemimpin Pekak Malaysia WAJIB dihantar untuk melawati Pusat Pengajian Pekak di Universiti Gallaudet USA dan Universiti City UK.

Pemimpin Pekak Malaysia WAJIB melayari laman Persatuan Pengajar dan Penilai Bahasa Isyarat British

Penulis masih DIHALANG oleh MFD yang tidak tahan kritikan penulis.

Penulis bertujuan mengkritik MFD wajib menambahbaikpulihkan kelemahan Pentadbir MySLtc.

Ia terpulang kepada pendapat Rakyat Pekak Malaysia.