Sabtu, 26 April 2008

Saya tahu Siapa Penulis MyDeafBlog

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang Maha Pengasih

Asssalamualaikum Penulis MyDeafblog,

saya kenal penulis mydeafblog.

Mengapa anda sentiasa meracuni pemikiran Deaf Blogger tentang keburukan saya?

Saya tidak pernah memburukkan penulis MyDeafBlog sejak saya berkenalan dengan anda semasa saya tolong uruskan kontinjen Perak ke SKOP Johor Bahru 1990. Anda selaku Ketua Pengarah atau Ketua Sekretariat SKOP Johor Baharu. Anda gagal membantu Perak majukan Komuniti Pekak Perak walaupun anda dilahirkan di selatan Perak. Saya bukan dilahirkan di Perak menghulurkan khidmat sukarela utk membantu Komuniti Pekak PERAK selama 2 tahun iaitu 1990 & 1991.

Saya 'menaikkan nama Anda' di hadapan Semua Pemimpin Deaf World iaitu Mesyuarat Perwakilan WFD Asia Pasifik di New Delhi 1993 dan Kongress Sukan Orang Pekak Asia Pasifik di Kuala Lumpur 1996.

Nama anda telah berkembang maju macam Saham Titanum (Telekom di Papan Saham Utama) sebab 20 Tahun memberi kekayaan kepada anda.

Nama saya telah diburukkan macam Saham Tak Laku sebab 20 Tahun memberi kemiskinan kepada saya.

Bagi Deaf Blogger, apa makna kekayaan dan kemiskinan? bukan duit...... kekayaan bermakna Anda telah dihormati di World Deaf Leader dijual oleh saya manakala kemiskinan bermakna saya tidak diberi peluang seumur hidup oleh anda.

bagi saya, tak apa asalkan anda sentiasa menjadi CHAMPIONSHIP manakala saya menjadi KAMBING HITAM selama 10 tahun

bagi anda, tiada calon bertanding mencabar anda.... Ia terserah padaNYA

apa Role Penulis MyDeafblog selaku Presiden MFD boleh memburukkan nama Marzuki Ong bin Haji Maliki Ong.

Saya sentiasa berdoa "YA ALLAH LINDUNGI AKU DARI FITNAH DAN HUTANG" dan "YA ALLAH BUKA CAHAYA KEPADA AKU TOLONG MAJUKAN WARGA PEKAK MALAYSIA DALAM SEMUA BIDANG" setiap masa.

Saya tidak pernah membalas dendam / memburukkan / menindas / menandang rendah terhadap penulis mydeafblog dari hujung rambut ke hujung kaki sebab islam tidak menggalakkan penggiat kegiatan tidak elok.

Terima kasih.. Wassalam